Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Jabatan Agama Islam Selangor kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Terkini JAIS.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong JAIS sebagaimana berikut:
Nama Majikan: | Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) |
Penempatan: | Negeri Selangor Darul Ehsan |
Kelayakan: | SPM/Diploma/Ijazah |
Taraf Jawatan: | Kontrak |
Tarikh Tutup: | 28 Mei 2024 (Selasa) |
Jawatan Ditawarkan JAIS
- Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 (Pengurus)
- Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 (Penolong Pengurus)
- Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 (Pembantu Pengurus)
Baca Juga
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong JAIS yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon Jawatan JAIS
- Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Keluaran 02(10.08.2015) : Pindaan 00.
- Borang tersebut boleh diperolehi melalui laman web rasmi Jabatan Agama Islam Selangor di https://www.jais.gov.my/ atau pautan yang telah kami sediakan dibawah.
- Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan kad pengenalan ibu dan bapa serta salinan sijil kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
- Semua Salinan sijil hendaklah diakui sah oleh Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan keatas.
- Nama dan jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di sebelah atas kiri sampul surat.
- Permohonan hendaklah dihantar kepada Alamat seperti disediakan dibawah.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK
SEKSYEN 5,
40676 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.