Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 RM500

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan disalurkan bermula 5 April 2024, Jumaat ini.

Melalui facebook rasmi Anwar Ibrahim, kerajaan juga bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

bantuan raya 2024

Apakah Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 adalah bantuan hari Raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan.

Pengumuman pemberian bantuan ini adalah salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya.

Baca Juga : Bonus Penjawat Awam 2024

Jumlah Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri membabitkan:

  1. RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
  2. RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

Leave a Comment