Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Perbadanan Taman Negeri Perak kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat permohonan Jawatan Kosong Perbadanan Taman Negeri Perak 2024.
Pengenalan Perbadanan Taman Negeri Perak
Perbadanan Taman Negeri Perak adalah merupakan badan berkanun Kerajaan Negeri Perak yang ditubuhkan selaras dengan tertubuhnya Enekmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 (Sek 6).
Perbadanan Taman Negeri Perak mula beroperasi sebagai perbadanan pada 1 Januari 2004, dengan seorang anggota iaitu pengurus besar dan ditubuhkan atas inisiatif kerajaan negeri untuk melindungi khazanah alam semulajadi yang masih terpelihara.
Maklumat Permohonan
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong 2024 seperti berikut:
Nama Majikan | Perbadanan Taman Negeri Perak |
Penempatan | Negeri Perak |
Kelayakan | Ijazah Sarjana Muda |
Taraf Jawatan | Kontrak |
Tarikh Tutup | 28 Februari 2024 (Rabu) |
Senarai Jawatan Ditawarkan
- Pegawai Tadbir Gred N41
- Pegawai Undang-Undang Gred L41
- Jurutera Gred J41
Baca Juga :
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi jawatan kosong 2024 Perbadanan Taman Negeri Perak yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon
- Permohonan jawatan kosong Perbadanan Taman Negeri Perak diatas hendaklah melalui portal rasmi Kerajaan Negeri Perak di https://digital.perak.my/ atau pautan Senarai Jawatan yang yang telah disediakan dibawah.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.