Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat (RMR 2024)

Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat 2024 | Selaras dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berusaha menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan berkelangsungan kepada setiap keluarga di Malaysia.

Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat 2024 diperkenalkan sebagai sambungan kepada Program Rumah Mesra Rakyat yang telah ada sebelum ini, dengan tujuan meningkatkan lagi pemilikan rumah dalam kalangan golongan B40 melalui pembayaran tunai atau pinjaman daripada institusi kewangan.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi maklumat lanjut mengenai Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat, berserta syarat-syarat kelayakan dan panduan cara untuk mengemukakan permohonan pada tahun 2024.

rumah mesra rakyat 2.0

Matlamat Program Rumah Mesra Rakyat

Tujuan Program Rumah Mesra Rakyat adalah untuk menyediakan peluang pemilikan rumah kepada golongan B40 yang pendapatan isi rumah di bawah RM 5,000, terutamanya yang memerlukan bantuan kewangan. Antara objektif utama program ini termasuk:

  • Kemudahan Pemilikan Rumah: Memberikan akses kepada golongan B40 untuk memiliki rumah sendiri dengan cara yang berpatutan dan berkesan.
  • Penyediaan Rumah Berkualiti: Menawarkan rumah berkualiti tinggi yang memenuhi standard keselamatan dan keselesaan kepada penerima manfaat.
  • Bantuan Kewangan: Memberikan bantuan kewangan, sama ada dalam bentuk pinjaman atau subsidi, untuk memudahkan golongan B40 memiliki rumah tanpa tekanan kewangan yang terlalu besar.
  • Peningkatan Kesejahteraan Rakyat: Meningkatkan kesejahteraan masyarakat dengan memberi peluang kepada mereka untuk memiliki rumah sendiri, yang merupakan asas kepada kestabilan keluarga dan komuniti.
  • Peningkatan Ekonomi: Memajukan ekonomi melalui pembinaan rumah baru, menyumbang kepada industri pembinaan, dan mencipta pelbagai peluang pekerjaan.
  • Pembangunan Mampan: Menyokong pembangunan mampan dengan menggalakkan pemilikan rumah di kalangan golongan yang memerlukan, sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat.
  • Pemberdayaan Ekonomi Tempatan: Melibatkan pelbagai pihak termasuk pembina, pemilik rumah, dan sektor kewangan tempatan dalam rangkaian ekonomi yang berkembang.

Objektif ini menyumbang kepada matlamat lebih besar dalam meningkatkan akses kepada perumahan yang baik dan merangsang pertumbuhan ekonomi melalui pembangunan hartanah.

Ciri-ciri Rumah Mesra Rakyat 2024

Ciri-ciri Rumah Mesra Rakyat adalah:

  1. Struktur Rumah:
    • Rumah satu tingkat.
    • Tiga bilik tidur.
    • Dua bilik air.
  2. Caj Pengurusan Pinjaman:
    • Caj pengurusan pinjaman akan dikenakan sebanyak 2% daripada jumlah pinjaman yang diperolehi.
  3. Perbezaan Harga dan Subsidi:
    • Wujud perbezaan harga rumah yang membolehkan permohonan subsidi.
PerkaraSemenanjung MalaysiaPulau di Semenanjung MalaysiaSabah/ Sarawak/ Labuan
Keluasan Rumah750 kps750 kps750 kps
Keluasan Tanah (tertakluk kepada rekabentuk)3,000 kps (279 mps)3,000 kps (279 mps)3,000 kps (279 mps)
HargaRM 75,000RM 85,000Bermula RM 75,000

Bagi pinjaman, jika pemohon meninggal dunia dan diinsuranskan, maka pinjaman tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Insurans. Jika tiada sebarang insurans pemohon kedua/tuan tanah/pewaris perlu meneruskan pembayaran bulanan.

Contoh Rumah Mesra Rakyat 2024

Rumah Mesra Rakyat mempunyai 6 rekabentuk berbeza untuk rumah satu tingkat dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air. Dengan variasi ini, program tersebut tidak hanya menyediakan perumahan yang bersifat praktikal tetapi juga memberikan pilihan yang kreatif dan menarik kepada penerima manfaat.

Apa yang menarik, SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad) turut menawarkan rekaan-rekaan rumah yang lebih kontemporari, memberikan sentuhan moden yang lebih segar berbanding dengan rekaan yang telah wujud sebelum ini.

Ini mencerminkan usaha SPNB untuk terus mengekalkan inovasi dalam reka bentuk perumahan, sejajar dengan perkembangan seni bina dan citarasa semasa.

Berikut adalah beberapa daripada contoh rumah mesra rakyat rekaan terbaru Rumah Mesra Rakyat yang memberikan pilihan yang lebih moden dan bersesuaian dengan kehendak generasi masa kini.

rumah contoh mesra rakyat

rumah contoh mesra rakyat 2

rumah contoh mesra rakyat 3

rumah contoh mesra rakyat 4

rumah contoh mesra rakyat 5

rumah contoh mesra rakyat 6

Syarat Kelayakan Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun.
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
  5. Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
syarat pendaftaran rumah mesra rakyat

Nota

Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.

SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.

Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB.

Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.

Cara Membuat Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat 2024

  1. Layari laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/.
  2. Tekan butang ‘Pendaftaran Baru‘.
  3. Lengkapkan Borang Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat dengan terperinci (Kata laluan akan dihantar melalui emel untuk pengesahan).
  4. Gunakan ID log masuk (emel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat 2024.
  5. Masukkan maklumat anda dengan teliti dalam sistem.
  6. Selepas selesai mengisi borang pendaftaran, tekan butang ‘Selesai Pendaftaran Borang‘ dan cetak salinan borang tersebut.
  7. Seterusnya, hantarkan borang beserta dokumen yang diperlukan ke Pejabat SPNB Negeri yang berdekatan.

Artikel Berkaitan

Manual-Pendaftaran-Rumah-Mesra-Rakyat-2024

Dokumen yang perlu ada

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang.
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  • Salinan sijil nikah pemohon.
  • Borang laporan tapak bergambar.
Nota 

Keperluan penama kedua berumur 18-41 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia. 

Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.

Semakan Status Rumah Mesra Rakyat 2024

Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. Walau bagaimanapun, kelulusan masih tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Untuk pembinaan rumah, tempoh yang diberikan adalah lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong atau perjanjian, tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Tanggungjawab Pemohon Sekiranya Lulus Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat 2024

  • Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
  • Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
  • Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
  • Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
  • Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan.

Malumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat SPNB, rujuk laman web rasmi https://spnb.com.my/

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Telefon : +603-7849 2000

Waktu urusan:
Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang)

Alamat:
Level 1, Blok C, Dataran PHB Saujana Resort, Seksyen U2,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Emel: pr@spnb.com.my

Laman Web SPNB : www.spnb.com.my

IBU PEJABAT SPNB

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
E-mel: aduan@spnb.com.my

SENARAI CAWANGAN SPNB

CAWANGAN KEDAH
No.28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah.
Tel: 04-4500375 / 04-4500376
Faks: 04-4500379
E-mail: spnb_semeling@spnb.com.my

CAWANGAN MELAKA
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
Tel: 06-3369751 / 06-3369752
Faks: 06-3369753
E-mail: spnb_melaka@spnb.com.my

CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel: 06-601 4498 / 06-601 4350
Faks: 06-601 3507
E-mail: spnb_n9@spnb.com.my

CAWANGAN TERENGGANU
No.K-5,Ruang Niaga Semarak Felda, Komplek Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6660010 / 09-6660054
Faks: 09-6627312
E-mail: spnb_kualaterengganu@spnb.com.my

CAWANGAN PERAK
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5264188 / 05-5263876
Faks: 05-5264319
E-mail: spnb_ipoh@spnb.com.my

CAWANGAN PAHANG
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573 3666
E-mail: spnb_pahang@spnb.com.my

CAWANGAN JOHOR
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
Faks: 07-2223233
E-mail: spnb_plentong@spnb.com.my

CAWANGAN KELANTAN
No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
Faks: 09-7885545
E-mail: spnb_koklanas@spnb.com.my

CAWANGAN SARAWAK
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
Faks: 082-230055
E-mail: spnb_kuching@spnb.com.my

CAWANGAN SABAH
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
Tel: 088-791610 / 088-791612
Faks: 088-791613
E-mail: spnb_melalin@spnb.com.my

Untuk maklumat lanjut, sila layari
https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/rmr.html

Soalan Lazim (FAQ)

Di manakah borang Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat boleh diperolehi?

Melalui laman sesawang SPNB https://spnb.com.my/ atau Pejabat Cawangan SPNB.

Berapa lamakah tempoh kelulusan dan pembinaan rumah?

Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan kewangan tahunan Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat.

Bolehkah menggunakan tapak tuan tanah yang telah meninggal dunia?

Tidak boleh, kesemua tuan tanah mestilah hidup dan memberi kebenaran serta tidak boleh mempunyai sebarang sekatan untuk pendaftaran gadaian.

Bolehkah memohon sekiranya tanah mempunyai banyak tuan tanah?

Boleh sekiranya kesemua tuan tanah (masih hidup) memberi kebenaran.

Apakah sebab permohonan Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat ditolak?

Antara sebab utama permohonan pendaftaran rumah mesra rakyat ditolak adalah:

  • Pendapatan seisi rumah melebihi syarat kelayakan
  • Telah memiliki rumah yang masih berkeadaan baik
  • Tapak cadangan tidak sesuai
  • Geran hakmilik mempunyai masalah / sekatan

Siapa yang bertanggungjawab untuk penyediaan tapak dan penyambungan air dan elektrik?

Pemohon perlu menyediakan tapak dan membuat penyambungan air dan elektrik. SPNB hanya membina rumah sahaja.

Bolehkah rumah mesra rakyat diubahsuai?

Boleh. SPNB hanya akan membina rumah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan ubahsuai yang tidak melibatkan struktur boleh dipertimbangkan melalui permohonan kepada SPNB. Ubahsuai yang berlaku tanpa pengetahuan SPNB adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

Bagaimana membuat pembayaran bulanan rumah mesra rakyat?

Pemohon perlu membuka akaun dan membuat bayaran melalui kaunter BSN, Pejabat Pos, JOMPAY, Agen BSN, dan mesin CDM BSN. Pembayaran di Pejabat Cawangan juga boleh dilakukan.

Jika pemohon meninggal dunia, siapa yang perlu bayar bayaran bulanan?

Jika simati telah diinsuranskan, maka pinjaman tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Insurans. Jia tidak, pemohon kedua/tuan tanah/pewaris perlu meneruskan pembayaran bulanan.

Leave a Comment