Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia 2024

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat permohonan Jawatan Kosong MPM 2024.

Pengenalan Majlis Peperiksaan Malaysia

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta MPM (Akta 225) ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis perasmian penubuhan MPM telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, iaitu YB Dato’ Musa bin Hitam pada 22 April 1980.

Maklumat Permohonan

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia 2024:

Nama MajikanMajlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
PenempatanNegeri Selangor Darul Ehsan
KelayakanDiploma & Ijazah
Taraf JawatanTetap/Kontrak
Tarikh Tutup28 Februari 2024 (Rabu)

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia 2024

  1. Pegawai Perhubungan Awam Gred S41
  2. Pegawai Tadbir Gred N41
  3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
  4. Personel MySTEP Gred 41

Artikel Berkaitan :

Syarat Kelayakan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi jawatan kosong Majlis Peperiksaan Malaysia 2024 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Jawatan-Kosong-Majlis-Peperiksaan-Malaysia-2024

Cara Mohon Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia

  • Permohonan jawatan kosong MPM diatas hendaklah melalui portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di https://www.mpm.edu.my/ atau pautan Senarai Jawatan Kosong MPM 2024 yang yang telah disediakan dibawah.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Senarai Jawatan Kosong MPM 2024

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment