Jawatan Baru : Lembaga Getah Malaysia 2024

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Lembaga Getah Malaysia (LGM) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat permohonan Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia 2024.

Pengenalan Lembaga Getah Malaysia 2024

Lembaga Getah Malaysia (LGM) merupakan agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan bagi mengawasi dan memantau pertumbuhan dan penghasilan tanaman getah di Malaysia.

Agensi ini ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil dari kelulusan Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996, dari gabungan Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (LPKGM), Institut Penyelidikan Getah Malaysia dan Lembaga Institut Penyelidikan Getah Malaysia (IPGM) dan Lembaga Pasaran dan Pelesen Getah Malaysia (LPPGM).

Maklumat Permohonan

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia 2024 seperti berikut:

Nama MajikanLembaga Getah Malaysia (LGM)
PenempatanPelbagai Negeri
KelayakanPMR/ PT3/ SPM/ Diploma/ Ijazah
Taraf JawatanKontrak
Tarikh Tutup16 Februari 2024 (Jumaat)

Senarai Jawatan Lembaga Getah Malaysia 2024

NOJAWATANGRED
1.Juruukur BahanJ44
2.Pegawai TadbirN44
3.Pegawai TadbirN41
4.Penolong Pegawai TadbirN29
5.Penolong Pegawai PenyelidikQ29
6Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)N19
7.Pembantu Tadbir (Kewangan)W19
8.Pembantu PenyelidikQ19
9.Pembantu AwamH11

Baca Juga :

Syarat Asas Permohonan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi jawatan kosong Lembaga Getah Malaysia 2024 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Syarat-Lantikan-Lembaga-Getah-Malaysia-2024

Cara Mohon Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia 2024

  • Permohonan jawatan kosong Lembaga Getah Malaysia 2024 diatas hendaklah melalui portal rasmi Lembaga Getah Malaysia (LGM) di https://www.lgm.gov.my/ atau pautan Senarai Jawatan Lembaga Getah Malaysia 2024 yang yang telah disediakan dibawah.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Senarai Jawatan Kosong LGM 2024

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment