Jawatan Kosong Pembantu Pengurusan Murid UPSI 2024

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat permohonan Jawatan Kosong Pembantu Pengurusan Murid UPSI.

Maklumat Permohonan

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Pembantu Pengurusan Murid 2024 UPSI :

Nama MajikanUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
PenempatanNegeri Perak Darul Ridzuan
KelayakanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Taraf JawatanKontrak
Tarikh Tutup11 Mac 2024 (Isnin)

Jawatan Kosong UPSI 2024

  1. Pembantu Pengurusan Murid Gred 19

Artikel Berkaitan :

Tugas Pembantu Pengurusan Murid

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas prasekolah, mengasuh murid-murid di asrama sekolah pendidikan khas dan asrama desa di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Syarat Kelayakan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi jawatan kosong Pembantu Pengurusan Murid 2024 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Iklan-Jawatan-Pembantu-Pengurusan-Murid-UPSI

Cara Mohon Jawatan Kosong Pembantu Pengurusan Murid UPSI

  • Permohonan jawatan kosong Pembantu Pengurusan Murid diatas hendaklah melalui portal rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di https://www.upsi.edu.my/ atau pautan Senarai Jawatan Kosong UPSI yang yang telah disediakan dibawah.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Senarai Jawatan Kosong UPSI

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment