Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 2024

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat permohonan Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 2024.

Pengenalan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) merupakan sebuah jabatan kerajaan yang dipertanggung jawabkan untuk mengurus hal ehwal Orang Asli di Malaysia. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) adalah merupakan nama baru bagi menggantikan nama lama iaitu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) melalui proses penjenamaan semula yang berkuatkuasa penggunaannya mulai 15 Januari 2011.

Matlamat utama Jabatan Kemajuan Orang Asli adalah bagi melaksanakan pendekatan pembangunan secara menyeluruh melibatkan pembangunan sosioekonomi, pendidikan, kesihatan, dan pembangunan modal insan secara terancang dan berterusan.

Ia bertujuan bagi mencapai objektif peningkatan pendapatan, memperluas kemudahan prasarana dan ameniti sosial, tahap kesejahteraan hidup yang lebih berkualiti, dengan harapan ia akan melahirkan generasi baru yang berpendidikan dan dinamik. JAKOA juga memberi penekanan terhadap pemeliharaan warisan dan budaya masyarakat Orang Asli di seluruh Malaysia.

Maklumat Permohonan

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 2024:

Nama MajikanJabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
PenempatanPelbagai Negeri
KelayakanPelbagai Negeri
Taraf JawatanSkim Personel MySTEP
Tarikh TutupRujuk Lampiran Dibawah

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 2024

  1. Pembantu Jurutera
  2. Pembantu Pentadbiran Pejabat
  3. Penolong Teknikal Jurutera
  4. Pengaturcara Sistem

Artikel Berkaitan :

Syarat Asas Permohonan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi jawatan kosong Jabatan Kemajuan Orang Asli 2024 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Syarat Kelayakan Skim Personel MySTEP

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas.
  • Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian dan Jabatan masing-masing.

Skop Kerja

Personel MySTEP dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan dan bersesuaian dengan keperluan Kementerian/ Jabatan/ Agensi dan tertakluk kepada Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP dibawah Inisiatif Malaysia Short Term Employment Programme (MySTEP) 2024.

Kadar Upah

Penetapan kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah dibawah bidang kuasa Pegawai Pengawal berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja.

KelayakanKadar Upah
Ijazah Sarjana Muda Setaraf dan
ke atas
RM2,100
Setaraf Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM)
RM1,900
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM)
RM1,700
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM)
RM1,500

Kemudahan Yang Diberikan

Cuti Rehat12 hari setahun*
Cuti Sakit14 hari setahun*
Perlindungan SosialCaruman KWSP & PERKESO
*Dikira secara purata (pro-rate) berdasarkan tempoh kontrak

Cara Mohon Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Orang Asli 2024

  • Permohonan jawatan kosong Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 2024 diatas hendaklah melalui portal rasmi MYFutureJobs di https://www.myfuturejobs.gov.my/ atau pautan Senarai Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Orang Asli 2024 yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Senarai Jawatan

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment