Terdahulu, Pembayaran STR Fasa 1 2024 telah dikreditkan bermula 29 Januari 2024 secara berperingkat. Namun, segelintir pemohon Sumbangan Tunai Rahmah mendapat Status Tidak Lulus STR 2024.
Kerajaan telah membuka permohonan rayuan STR mulai 29 Januari 2024 bagi memberi peluang kepada pemohon untuk membuat rayuan dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menepati syarat kelayakan STR 2024.
Apakah yang dimaksudkan dengan Status Tidak Lulus STR 2024?
Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR 2024 yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
Tarikh Permohonan Semakan Semula (Tidak Lulus STR 2024)
Permohonan Rayuan STR boleh dibuat mulai 29 Januari 2024 (tertakluk kepada
pindaan dari semasa ke semasa).
Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.
Permohonan Rayuan STR 2024
Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR adalah:
- Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR 2024; atau
- Pemohon yang berstatus Lulus STR 2024 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
Kaedah Rayuan STR 2024
- Secara Dalam Talian.
- Secara Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.
Cara Membuat Rayuan STR 2024
Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat dengan Log Masuk pada menu MySTR > Permohonan Rayuan.
Log masuk MySTR memerlukan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.
Sekiranya masih belum mendaftar MySTR, rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pendaftaran MySTR bagi kaedah pendaftaran MySTR di Portal Rasmi STR , https://bantuantunai.hasil.gov.my
Kod Tidak Lulus STR 2024
Pemohon yang tidak lulus STR 2024 akan menerima status “Tidak Lulus” beserta kod alasan.
Berikut dikongsikan Kod dan Alasan Tidak Lulus STR 2024 :
Kod | Alasan Tidak Lulus |
---|---|
01 | Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama/ Nombor Pengenalan/Status Kewarganegaraan. |
02 | Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama/ Nombor Pengenalan. |
03 | Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama/ Nombor Pengenalan |
04 | Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon/ Pasangan tidak sepadan dengan data agensi. |
05 | Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan. |
06 | Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang. |
07 | Semakan agensi mendapati anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa. |
08 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon/ Pasangan melebihi RM5,000. |
09 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon/ Pasangan melebihi RM5,000 termasuk pendapatan sewa. |
10 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500. |
11 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500 termasuk pendapatan sewa. |
12 | Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi. |
13 | Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi termasuk pendapatan sewa. |
14 | Pemohon/ Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal/ Perkongsian. |
15 | Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham. |
16 | Pemohon berdaftar sebagai Pengarah Syarikat. |
17 | Pemohon berdaftar sebagai Perkongsian Liabiliti Terhad. |
18 | Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham. |
19 | Pasangan berdaftar sebagai Pengarah Syarikat. |
20 | Pasangan berdaftar sebagai Perkongsian Liabiliti Terhad. |
21 | Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal/ Perkongsian. |
22 | Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40). |
23 | Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon/ Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40). |
24 | Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon/ pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40). |
25 | Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40). |
28 | Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah yang melebihi RM300,000. |
31 | Pemohon tidak menetap di Malaysia/ bekerja/ belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi. |
32 | Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian. |
33 | Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain. |
34 | Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain |
35 | Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain. |
38 | Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan. |
39 | Status Perkahwinan perlu pengesahan |
41 | Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan. |
42 | Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan |
43 | Anak meninggal dunia |
44 | Anak tidak menepati syarat kelayakan |
48 | Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon/ pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan |
Dokumen Sokongan
Pemohon STR perlu mengemukakan dokumen sokongan bergantung kepada kod alasan tidak lulus STR 2024.
Contoh dokumen yang diperlukan adalah seperti :
- MyKad pemohon atau pasangan
- Mykad atau MyKid anak
- Sijil kelahiran anak (bagi pengesahan status kewarganegaraan)
- Dokumen pengenalan pasangan
- Lain-lain dokumen mengikut alasan tidak lulus pemohon
Kadar Bayaran STR 2024
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:
- Kategori Isi Rumah <RM2500 : RM500
- Isi Rumah (RM2500-RM5000) : RM100 – RM300
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM150
- Bujang : RM100
Baca Juga :
- Rawatan Percuma Skim Perubatan MADANI 2024
- Lesen Memandu Percuma 2024 (MyLesen)
- Bantuan Awal Persekolah (BAP 2024)
Semakan Status Rayuan STR 2024
- Layari Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik Log Masuk
- Klik Semak
- Pastikan kata kunci keselamatan betul
- Masukkan kata laluan
- Setelah berjaya log masuk, Klik Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat akan dipaparkan. Klik Maklumat Bayaran untuk status pengkreditan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai STR Fasa 1 RM500 2024
- Portal Rasmi STR LHDNM: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747.
- Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566.
- Alamat Kementerian Kewangan: Presint 2, 62592 Putrajaya