Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Kementerian Sumber Manusia Malaysia kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat permohonan Jawatan Kosong Kementerian Sumber Manusia.
Maklumat Permohonan
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Kementerian Sumber Manusia 2024 seperti berikut:
Nama Kementerian | Kementerian Sumber Manusia |
Penempatan | Pelbagai Negeri |
Kelayakan | SPM & Ijazah |
Taraf Jawatan | Kontrak (Skim Personel MySTEP) |
Tarikh Tutup | 29 Februari 2024 (Khamis) |
Senarai Jawatan Kosong Kementerian Sumber Manusia 2024
NO | JAWATAN | GRED |
---|---|---|
1. | Pegawai Perkhidmatan Pendidikan | DG41 |
2. | Pegawai Latihan Vokasional | DV41 |
3. | Perangkawan | E41 |
4. | Pembantu Pegawai Latihan Vokasional | DV19 |
Baca Juga :
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi jawatan kosong Kementerian Sumber Manusia 2024 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Syarat Kelayakan Skim Personel MySTEP
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas.
- Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian dan Jabatan masing-masing.
Skop Kerja
Personel MySTEP dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan dan bersesuaian dengan keperluan Kementerian/ Jabatan/ Agensi dan tertakluk kepada Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP dibawah Inisiatif Malaysia Short Term Employment Programme (MySTEP) 2024.
Kadar Upah
Penetapan kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah dibawah bidang kuasa Pegawai Pengawal berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja.
Kelayakan | Kadar Upah |
---|---|
Ijazah Sarjana Muda Setaraf dan ke atas | RM2,100 |
Setaraf Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) | RM1,900 |
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | RM1,700 |
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | RM1,500 |
Kemudahan Yang Diberikan
Cuti Rehat | 12 hari setahun* |
Cuti Sakit | 14 hari setahun* |
Perlindungan Sosial | Caruman KWSP & PERKESO |
Cara Mohon Jawatan Kosong Kementerian Sumber Manusia 2024
- Permohonan jawatan kosong Kementerian Sumber Manusia diatas hendaklah melalui portal rasmi MYFutureJobs di https://www.myfuturejobs.gov.my/ atau pautan Senarai Jawatan Kosong Kementerian Sumber Manusia 2024 yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Senarai Jawatan Kosong Kementerian Sumber Manusia 2024
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.