Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong KEMAS 2024 sebagaimana berikut:
Maklumat Permohonan KEMAS
Nama Jabatan: | Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) |
Penempatan: | Putrajaya |
Kelayakan: | SPM/ Diploma/ Ijazah |
Taraf Jawatan: | Skim Personel MySTEP |
Bilangan Kekosongan: | 890 Kekosongan |
Tarikh Tutup: | 07 Februari 2024 (Rabu) |
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan jabatan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961 dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program “Pembasmian Buta Huruf”. KEMAS juga adalah pengelola utama kepada tabika di Malaysia.
Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep ‘Functional Literacy’ oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar.
Berikutan pelancaran “Dasar Ekonomi Baru” (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada “Bahagian Kemajuan Masyarakat” (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata. Pada 2019, dasar Pemutihan usahawan KEMAS dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menyelaraskan bantuan pada golongan berkaitan.
Senarai Jawatan Kosong KEMAS 2024
- Pendidik Masyarakat (SPAKK)
- Pendidik Masyarakat (Ganti)
- Tenaga Pengajar
- Pegawai Eksekutif Pentadbiran
- Pegawai Komunikasi/Seranta
- Pegawai Pemantau
- Penolong Pegawai Komunikasi
- Penolong Pegawai Eksekutif Pentadbiran
- Penolong Pegawai Eksekutif Operasi
- Penolong Jurutera
- Pembantu Penyediaan Makanan
- Pembantu Tadbir
Syarat Asas Permohonan KEMAS
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong KEMAS 2024 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Syarat Kelayakan Permohonan Skim Personel MySTEP
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas.
- Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian dan Jabatan masing-masing.
Skop Kerja
Personel MySTEP dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan dan bersesuaian dengan keperluan Kementerian/ Jabatan/ Agensi dan tertakluk kepada Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP dibawah Inisiatif Malaysia Short Term Employment Programme (MySTEP) 2024.
Kadar Upah
Penetapan kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah dibawah bidang kuasa Pegawai Pengawal berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja.
Kelayakan | Kadar Upah |
---|---|
Ijazah Sarjana Muda Setaraf dan ke atas | RM2,100 |
Setaraf Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) | RM1,900 |
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | RM1,700 |
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | RM1,500 |
Kemudahan Yang Diberikan
Cuti Rehat | 12 hari setahun* |
Cuti Sakit | 14 hari setahun* |
Perlindungan Sosial | Caruman KWSP & PERKESO |
Cara Mohon Jawatan Kosong KEMAS 2024
- Permohonan jawatan kosong KEMAS 2024 diatas hendaklah melalui portal rasmi MYFutureJobs https://www.myfuturejobs.gov.my/ pautan Senarai Jawatan KEMAS yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.