JAWATAN KOSONG 2024 RISDA ESTATES : SEMAK KELAYAKAN

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong 2024 RISDA Estates seperti berikut:

Maklumat Kekosongan

Nama SyarikatRISDA Estates Sdn. Bhd.
PenempatanNegeri Selangor Darul Ehsan
KelayakanSPM/ Diploma/ Ijazah
Taraf JawatanRujuk Lampiran Dibawah
Tarikh Tutup09 Februari 2024 (Jumaat)

RISDA Estates Sdn. Bhd.

Latar Belakang

RISDA Estates adalah sebuah syarikat milik penuh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

RISDA Estates ditubuhkan pada 11 Julai 1981 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan tujuan untuk mengurus tadbir ladang-ladang RISDA yang telah dibangunkan di bawah program Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB).

Perkhidmatan

RISDA Estates turut menawarkan perkhidmatan pemetaan GPS-GIS dengan mengukur serta menyediakan peta digital ladang dengan menggunakan GPS serta membina pangkalan data GIS bagi tujuan memeta infrastruktur kawasan.

Antara aktiviti lain yang dijalankan oleh syarikat ialah memberikan perkhidmatan analisan daun dan baja, perkhidmatan analisa tanah dan kajian siri tanah dan kajian siri tanah, perkhidmatan pemeriksaan ladang, penilaian dan kajian fisibiliti untuk pembukaan ladang sawit dan getah.

Senarai Jawatan Kosong 2024 RISDA Estates

  1. Pengurus Ladang RISDA
  2. Pengurus Kilang Sawit RISDA
  3. Penolong Pengurus Ladang RISDA
  4. Penolong Pengurus Kilang Sawit RISDA
  5. Pembantu Hospital
  6. Konduktor Ladang
  7. Boiler Chargeman
  8. Electrical Chargeman

Lihat Juga :

Syarat Asas Permohonan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong 2024 RISDA Estates yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Jawatan-Kosong-2024-RISDA-Estates-Sdn-Bhd

Cara Mohon Jawatan Kosong 2024 RISDA Estates

  • Permohonan Jawatan Kosong 2024 RISDA Estate Sdn. Bhd. diatas hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah dengan menyertakan maklumat peribadi beserta dengan gambar terbaru berukuran pasport, salinan sijil kelulusan dan pengalaman kerja serta sijil-sijil dan lain-lain dokumen yang telah disahkan
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
RISDA ESTATES SDN. BHD.
No. 31 Jalan Sulaiman 3
Taman Putra Sulaiman
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.


Telefon : 03-42704021 / 03-42704022
Website : https://www.risdaestates.com.my/

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment