BANTUAN KERAJAAN : RM500 BANTUAN TAMBAHAN KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengkreditkan insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahli KWSP berumur antara 40 dan bawah 55. Insentif ini diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.

Insentif bantuan tambahan KWSP RM500 one-off ini, yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023, bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka.

Ia sejajar dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat yang lebih luas untuk membina masa depan kewangan yang berdaya tahan.

Mengenai KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik.

Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.

Inisiatif Bantuan Tambahan KWSP ke dalam Akaun 1 KWSP

Kerajaan telah memperuntukkan RM1 bilion bagi meyumbang sebanyak RM500 secara one-off kepada 2 juta ahli yang berumur antara 40 tahun sehingga dibawah 55 tahun dan mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka.

Baca Juga :

caruman kwsp rm500 one-off

Cara Membuat Semakan Bantuan Tambahan KWSP RM500

Untuk membuat semakan, anda boleh rujuk langkah di bawah:

  1. Log masuk di iAkaun KWSP
  2. Klik pada ‘Akaun Peribadi
  3. Pilih penyata bagi tahun yang dikehendaki dan tekan ‘cari
  4. Maklumat penyata akaun akan dipaparkan
bantuan kwsp rm500 one-off

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang insentif Bantuan Tambahan KWSP Kerajaan ini, ahli boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) di laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000.

Penafian:Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment