Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di bawah i-Suri serta menerima insentif khas Bantuan RM300 Suri Rumah daripada Kerajaan. Kemudahan ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.
Apakah i-SURI KWSP 2024?
i-Suri adalah program caruman sukarela bagi wanita yang berdaftar di dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) termasuk suri rumah, balu, ibu tunggal dan bujang.
Ahli KWSP yang layak akan menerima insentif khas maksimum sebanyak RM300 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup atau telah mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.
Fasa pertama skim ini telah dilancarkan pada 8 Ogos 2018 dan mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018 dan dilaksanakan oleh KWSP, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan.
Baca Juga :
Manfaat i-SURI KWSP 2024
Insentif Khas
- Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa.
- Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu.
- Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.
Dividen Tahunan
- Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda.
Bantuan Kematian
- Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.
Pelepasan Cukai
- Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.
Syarat Kelayakan Bantuan RM300 Suri Rumah
- Ahli KWSP.
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 55 tahun ke bawah.
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat senarai terkini.
Cara Pembayaran i-SURI KWSP 2024
Aplikasi Mudah Alih
Pembayaran secara elektronik melalui aplikasi KWSP i-Akaun. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.
*Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain.
Perbankan Internet
Pembayaran secara elektronik melalui:
- Alliance Bank
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- BSN
- CIMB Bank
- Hong Leong Bank
- Kuwait Finance House
- Maybank
- MBSB
- Public Bank
- RHB Bank
- Ambank
Ejen Bank Berdaftar
Pembayaran secara elektronik/tunai melalui Ejen Bank (EB) BSN.
*Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain.
Kaunter Ejen Bank
Pembayaran secara tunai/cek di kaunter ejen bank:
- BSN
- Maybank
- Public Bank
- RHB Bank – Hanya menerima pembayaran kad debit dan pindahan debit sahaja.
Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan/i-Suri – KWSP 6A(2)
*Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain.
Pejabat KWSP
- KWSP Shah Alam
- KWSP Kuala Lumpur
- KWSP Ipoh
- KWSP Seberang Jaya
- KWSP Alor Setar
- KWSP Kangar
- KWSP Johor Bahru
- KWSP Muar
- KWSP Melaka
- KWSP Seremban
- KWSP Kuantan
- KWSP Kuala Terengganu
- KWSP Kota Bharu
- KWSP Kota Kinabalu
- KWSP Kuching
*Pembayaran secara Kad Debit disediakan di semua Pejabat KWSP.
Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan/i-Suri – KWSP 6A(2)
Pasukan Mobile KWSP/ Relationship & Advisory (RA)
Kad Debit
- Pembayaran secara elektronik melalui Kad Debit.
- Amaun bayaran caruman adalah tertakluk kepada had transaksi Kad Debit pembayar.
Untuk makluman lanjut, klik di sini.
*Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain. **Bayaran caruman secara kad debit melalui perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP/ Relationship & Advisory (RA) adalah tertakluk kepada jadual lawatan.
Had Caruman i-SURI KWSP 2024
Minimum | Maksimum |
---|---|
Tiada had *Tertakluk kepada saluran pembayaran | Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i-Saraan, Caruman i-Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun 1) melalui semua saluran pembayaran adalah RM100,000 setahun. |
Bagaimanapun, ahli digalakkan untuk mencarum sekurang-kurangnya RM600 di bawah i-Suri bagi tahun berkenaan untuk melayakkan ahli menerima insentif khas maksimum tahunan sebanyak RM300.
Cara Pendaftaran
Pendaftaran i-Suri bagi ahli yang tersenarai di dalam eKasih setakat senarai terkini boleh dibuat seperti berikut:
- Pendaftaran secara automatik bagi ahli KWSP baharu yang dipadankan dengan maklumat data eKasih.
- Pendaftaran kendiri:
- Melalui aplikasi KWSP i-Akaun
- Secara dalam talian di laman web KWSP
- Pendaftaran di Self-Service Terminal (SST)
- Hadir ke Pejabat KWSP yang berhampiran dengan melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri (KWSP 16G (M)).
Laman Web KWSP | Pejabat KWSP | Self Service Terminal (SST) | KWSP i-Akaun |
---|---|---|---|
Pendaftaran i-Saraan Dalam Talian | Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri – KWSP 16G (M) MyKad | Pendaftaran i-Suri di SST (Rujuk lokasi SST) MyKad | Pendaftaran i-Saraan/ i-Suri melalui aplikasi KWSP i-Akaun |
Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar adalah:
- MyKad
- Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI KWSP, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.
Sebarang pertanyaan berhubung sistem eKasih, boleh rujuk Portal ICU, Jabatan Perdana Menteri. (https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx).
Penafian:Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.