Jawatan Kosong JPA

Post ini adalah berkaitan jawatan kosong JPA yang telah dibuka secara rasmi kepada yang layak memohon. Sila baca syarat permohonan dan maklumat penting bagi permohonan.


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagaimana berikut:

Maklumat Permohonan

Nama Kementerian/JabatanJabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
Lokasi KekosonganSeluruh Malaysia
KelayakanSTPM/STAM/Sijil Matrikulasi KPM/Diploma
Bilangan Kekosongan71 Kekosongan, 500 Simpanan
Taraf JawatanTetap & Berpencen
Tarikh Tutup Permohonan20 Disember 2023 (Rabu)

Jawatan Kosong JPA yang Ditawarkan

  1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Tugas Penolong Pegawai Tadbir

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan konsuler dan penguatkuasaan undang-undang.

Syarat Permohonan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Permohonan Penolong Pegawai Tadbir

  • Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah atau dengan melayari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia spa.gov.my.
  • Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Permohonan Online

Leave a Comment