Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong Jabatan Perikanan Malaysia sebagaimana berikut:

Maklumat Permohonan

Nama JabatanJabatan Perikanan Malaysia
Lokasi KekosonganSeluruh Malaysia
Taraf JawatanTetap & Berpencen
KelayakanIjazah Sarjana Muda
Tarikh Tutup Permohonan21 Disember 2023 (Khamis)

Jawatan Jabatan Perikanan Malaysia

  1. Pegawai Perikanan Gred G41

Baru Dibuka : Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Lihat Juga : Jabatan Kerja Raya (JKR)
Lihat Juga : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Bidang Ditawarkan

  • Agroteknologi (Akuakultur)
  • Akuakultur
  • Biologi Akuatik
  • Kejuruteraan Arkitek Laut (Naval Architect)
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Laut (Marine Engineering)
  • Marin Biologi
  • Perikanan
  • Sains (Akuakultur)
  • Sains (Biologi Marin)
  • Sains Gunaan (Perikanan)
  • Sains Laut/ Samudera /Oceanography
  • Sains Marin

Tugas Pegawai Perikanan

Bertanggungjawab menjamin dasar pembangunan sektor perikanan selaras dengan kepentingan negara dan kehendak antarabangsa. Bertanggungjawab merumus dasar dan strategi pembangunan serta pengurusan sektor akuakultur negara, mengumpul dan memproses data serta maklumat perikanan dengan efektif dan efisien serta menjalankan khidmat pengembangan kepada kumpulan sasar melalui penyebaran dan penyampaian maklumat perikanan, pembangunan usahawan industri asas tani, pembangunan komuniti nelayan, pemindahan teknologi, pengendalian lepas tuai dan khidmat nasihat teknikal industri perikanan.

Syarat Permohonan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia

  1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  2. Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Permohonan Online

Leave a Comment