TIPS PENTING MEMBUAT RESUME YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MEMOHON PEKERJAAN

Menulis resume yang memukau hati panel menjadi satu tiket
emas untuk mendapatkan pekerjaan baru. Ia juga bukan hanya membantu mendapatkan
pekerjaan baru, namun juga menjadi alasan utama yang dapat membantu anda
menerima gaji dan posisi yang lebih baik.

cara membuat resume

APAKAH ITU RESUME?
Resume adalah dokumen ringkas yang menggambarkan profile diri, pendidikan, kelayakan professional serta pengalaman anda. Penyediaan resume yang baik sememangnya amat membantu anda mendapat pekerjaan yang diingini. Jangan terkejut jika resume anda yang menjadi punca anda gagal dipanggil ke temuduga atau mendapat kerja walaupun anda memiliki segulung ijazah.



Resume juga adalah alat marketing untuk mempromosikan diri anda, namun ada perbezaan yang jelas sama ada mempromosikan diri dengan baik atau sombong. Agar resume anda terlihat memukau, pastinya anda perlu menyampaikan, dan terstruktur dengan baik. Jangan lupa untuk menulis sesuatu yang membezakan anda dengan calon yang lain.



CARA MENULIS RESUME YANG BETUL



1. Ringkas dan Padat


Kandungan resume yang dihasilkan haruslah mudah dibaca, kemas dan padat. Di samping itu, kandungan juga perlulah tepat dan terkini. Panjang resume yang baik dianggarkan antara dua hingga tiga muka surat bergantung kepada maklumat penting yang anda perlu masukkan. Perlu diingatkan, resume adalah rekod mengenai diri anda, bukannya riwayat hidup anda.

2. Isi Kandungan dan Susunan
Resume yang baik harus ditunjukkan secara tersusun, bermula dengan gambar anda di bahagian atas, kemudian latar belakang, pendidikan, pengalaman kerja, anugerah yang diperolehi dan sebagainya. Penekanan yang anda harus berikan adalah kelebihan dan pencapaian anda.
3.Bahasa
Sebaiknya, tulislah resume dalam English kerana syarikat swasta lebih mengutamakan bahasa inggeris kerana mudah difahami dan nampak lebih professional. Bahkan, jika anda ingin meminta kerja di sektor awam juga tidak menjadi masalah apabila resume anda ditulis dalam bahasa inggeris. Pastikan anda menyemak semula resume anda supaya tidak ada salah tatabahasa mahupun ejaan.
4. Cover Letter
Setiap resume perlulah dihantar bersama-sama cover letter ataupun surat iringan dengannya. Cover letter merupakan prosedur standard penghantaran dokumen rasmi. Pomohonan yang diserahkan tanpa cover letter atau surat iringan menunjukkan anda kurang berminat dan kurang professional.

Leave a Comment