Cover Letter ialah surat yang dihantar sekali bersama resume
anda apabila memohon kerja. Menulis cover letter adalah suatu perkara yang
mudah. Walau bagaimanapun, menghantar cover letter yang baik adalah sangat
penting untuk memberi first impression yang baik kepada bakal majikan.
anda apabila memohon kerja. Menulis cover letter adalah suatu perkara yang
mudah. Walau bagaimanapun, menghantar cover letter yang baik adalah sangat
penting untuk memberi first impression yang baik kepada bakal majikan.
Pastikan cover letter anda mengandungi bahagian-bahagian berikut:
- Kepala surat (letter header) – mengandungi nama, alamat, no. telefon bimbit dan alamat email.
- Tajuk – mesti jelas dan lengkap.
- Pengenalan – memberitahu tujuan surat, iaitu memohon kerja dan melampirkan resume.
- Isi Kandungan satu – menceritakan latar belakang anda secara ringkas. Latarbelakang bukan bermaksud sejarah hidup anda (tarikh lahir, kampung asal, jumlah adik-beradik, dsb.) tetapi maklumat-maklumat relevan mengenai jawatan tersebut (latar belakang pendidikan, pengalaman bekerja, pencapaian, skil). Pastikan isi kandungan padat dan tidak meleret-leret.
- Isi Kandungan dua – menceritakan mengenai syarikat tersebut, contohnya mengapa syarikat tersebut sesuai dengan anda, atau mengapa anda merasa kagum terhadap syarikat tersebut. Ini penting untuk menunjukkan bahawa anda sudah menyelidiki syarikat tersebut dengan mendalam sebelum memohon kerja.
- Penutup – memberitahu harapan anda untuk dipanggil temuduga. Ucapkan terima kasih.
Berikut merupakan tips-tips yang mungkin membantu:
- Ingat bahawa cover letter tidaklah dibaca dengan terperinci oleh majikan. Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menghasilkan cover letter (walau bagaimanapun, anda perlu memberi masa yang lama untuk menulis resume). Selagi cover letter tidak mencacatkan permohonan anda, tidak ada masalah.
- Ringkas! Jangan melalut dan meleret-leret. Gunakan ayat pendek dan perkataan biasa.
- Jika menulis cover letter dalam Bahasa Inggeris, pastikan surat anda bersih daripada kesilapan ejaan dan tatabahasa. Gunakan ayat pendek dan perkataan biasa, bukan yang bombastik.
- Gunakan tiga ayat sahaja untuk latarbelakang anda. Perincian mengenai diri anda perlu dimasukkan ke dalam resume, bukan ke dalam cover letter.
- Beritahu dari mana anda mendapat tahu mengenai kerja tersebut. Jika anda membalas iklan mencari kerja, pastikan anda meletakkan tajuk jawatan dengan lengkap. Sertakan nombor rujukan jika ada.
Contoh: En Faizal Bin Ismail ingin memohon kerja sebagai akauntan di syarikat Sime Darby Plantation Sdn Bhd sebuah syarikat pengeksport minyak kelapa sawit. Berikut merupakan contoh cover letter yang dihantar oleh Faizal:
Faizal Bin Ismail
No 80, Jalan Tun Razak,
51300 Kemaman, Terengganu
faizal.ismail@gmail.com
Kepada:
Pengurus Sumber Manusia,
Sime Darby Plantation Sdn Bhd.
_____________
No 80, Jalan Tun Razak,
51300 Kemaman, Terengganu
faizal.ismail@gmail.com
29 April 2017
Kepada:
Pengurus Sumber Manusia,
Sime Darby Plantation Sdn Bhd.
Tuan,
PERMOHONAN KERJA SEBAGAI AKAUNTAN (NO. RUJUKAN: 9168)
Perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut untuk pertimbangan pihak tuan. Saya dimaklumkan mengenai jawatan kosong tersebut melalui iklan akhbar Berita Harian bertarikh 15 April 2017. Saya lampirkan resume saya untuk rujukan tuan.
Untuk makluman tuan, saya pernah bekerja selama tiga tahun di syarikat Hap Seng Plantation Sdn Bhd. sebagai pembantu akaun. Saya telah dinaikkan jawatan daripada akauntan pada tahun 2016 di atas prestasi kerja yang cemerlang. Saya merupakan graduan ijazah bidang perakaunan dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam.
Saya telah mengikuti perkembangan syarikat tuan sejak dua tahun lalu yang telah berkembang pesat sehingga berjaya menjadi pengeksport utama minyak sawit ke negara China. Kebolehan saya berbahasa Inggeris dan Mandarin tentunya dapat membantu saya untuk menjalankan kerja dengan lebih lancar. Selain itu, saya juga merupakan seorang yang cepat belajar dan mudah bekerja di dalam pasukan.
Saya berharap agar permohonan saya diberi pertimbangan sewajarnya. Saya juga berharap pihak tuan dapat menghubungi saya untuk ditemuduga. Segala pertimbangan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang benar,
_____________
(Faizal Bin Ismail)