Jawatan Kosong MPKK 2026 – Majlis Perbandaran Kuala Kangsar 2026

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Perak kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong MPKK 2026 terkini.

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong MPKK 2026 sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
Penempatan:Kuala Kangsar, Perak
Kelayakan:Rujuk jadual di bawah
Taraf Jawatan:Tetap/ Kontrak
Tarikh Tutup:01 Disember 2026 (Selasa)

Senarai Kekosongan Jawatan

Senarai JawatanSyarat Kelayakan Akademik
Pegawai Penilaian Gred W1
(1 Kekosongan)
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf
Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA5
(1 kekosongan)
Sijil Seni Bina/ Diploma Seni Bina yang diiktiraf
Pembantu Penguatkuasa Gred KP1
(2 kekosongan)
SPM/ SVM/ Bekas anggota polis atau Tentera/ SPM & SKM Tahap 2/3 ATAU yang Setaraf dengannya
Pembantu Penilaian Gred W1
(2 kekosongan)
SPM/ SVM/ SPM & SKM Tahap 2/3 ATAU yang Setaraf dengannya
Pembantu Kesihatan Awam Gred U1
(4 kekosongan)
SPM ATAU yang Setaraf dengannya
Pembantu khidmaat Am gred H1
(28 kekosongan)
SPM/ SVM/ SKM Tahap 2/3 ATAU yang Setaraf dengannya

Info lebih Lanjut boleh baca disini

Jawatan Kosong Terkini: Jawatan Kosong LAP Perak 2026 dibuka! Mohon Sebelum 30 November ini!

Syarat Asas Permohonan Jawatan Kosong MPKK

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan. (Rakyat Negeri Perak diberikan Keutamaan)
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong MPKK 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
    • Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
      Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
      Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Mohon Jawatan Kosong MPKK 2026

  • Permohonan Jawatan Kosong MPKK 2026 diatas hendaklah melalui Laman Rasmi Digital Perak di https://digital.perak.my/ atau melalui pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan di bawah.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang pernah memohon jawatan yang sama sebelum ini perlu mengemas kini dan menghantar semula permohonan dalam tempoh iklan kekosongan jawatan dibuka.
  • Hanya permohonan yang dibuat dalam tempoh iklan dibuka sehingga tarikh tutup sahaja akan diambil kira. Permohonan terdahulu tidak akan dikira.
  • Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir dan hanya perlu dibawa semasa Sesi Ujian Bertulis/Temuduga.
  • Calon-calon yang layak dipanggil temuduga dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan dokumen yang telah disahkan seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, sijil-sijil persekolahan/akademik yang telah disahkan dan lainlain dokumen yang perlu dikemukakan.
  • Pemohon TIDAK PERLU mengemukakan sebarang salinan dokumen selepas mengisi secara ATAS TALIAN (ONLINE). Pihak Majlis hanya akan menghubungi calon-calon yang layak untuk ditemuduga sahaja. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Mohon Jawatan

Maklumat Lanjut

Sebarang urusan melibatkan teknikal Sistem Permohonan Jawatan Kosong melalui portal https://digital.perak.my hendaklah menghubungi Pasukan Help Desk Perak Digital melalui emel [email protected] (contoh : Lupa Kata Laluan)

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment