Jawatan Kosong UKM 2026 – Universiti Kebangsaan Malaysia

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini membuka peluang kerjaya yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong UKM 2026 Terkini.

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong UKM 2026 sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Penempatan:Bangi, Selangor
Kelayakan:SPM/ Diploma/ Ijazah
Taraf Jawatan:Tetap/ Kontrak
Tarikh Tutup:17 September 2026 (Khamis)

Senarai Jawatan Kosong UKM 2026

Senarai Kekosongan JawatanGredKelayakan Akademik
Pegawai Kebudayaan B5 STPM/ Matrikulasi/ Diploma/ STAM
Penolong Pegawai Sains C5STPM/ Matrikulasi/ Diploma/ STAM
Pegawai SainsC9Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf
Pembantu Khidmat AmH1 SPM/ SVM/ SKM
Penjaga Jentera Elektrik J1SPM
Penolong JuruteraJA5Sijil Kejuruteraan / Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf
Penolong Pegawai SenibinaJA5Sijil Seni Bina/ Diploma Seni Bina yang diiktiraf
Pembantu KeselamatanKP1SPM/ SVM/ Bekas anggota polis atau tentera/ SKM
Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)N1SPM/ SVM/ SKM
Pegawai TadbirN9Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf
Pembantu Setiausaha PejabatN1SPM/ SVM/ SKM
Setiausaha PejabatN5SPM/ SKM/ SVM/ Diploma
Pegawai Penyelidik Q9 Ijazah Sarjana Muda dalam bidang (Sains/ Sains Pertanian/ Kejuruteraan/ Veterinar)
Pembantu PustakawanS1SPM/ SVM/ SKM
PustakawanS9Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian bidang (Sains Pengajian Maklumat/ Perpustakaan/ Sains Perpustakaan dan Maklumat)
Juruteknologi Pergigian U5Diploma Juruteknologi Pergigian yang diiktiraf
Pegawai DietetikU9Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang Dietetik yang diiktiraf
Pegawai OptometriU9Ijazah Sarjana Muda Optometri yang diiktiraf
AkauntanWA9Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf ATAU lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan ATAU lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Jawatan Kosong Trending : Jawatan Kosong Kilang Boston Scientific di Pulau Pinang telah dibuka! Ambilan September 2026

Syarat Lantikan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong UKM 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
    • Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
      • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Pemohon boleh memohon sehingga maksimum 3 jawatan sahaja.
  • Bayaran sebanyak RM10 dikenakan bagi permohonan jawatan pertama yang dihantar.

Cara Mohon Jawatan Kosong UKM 2026

  • Permohonan Jawatan Kosong UKM 2026 hendaklah melalui laman web rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia di https://www.ukm.my/portal/ms/ ATAU di pautan Mohon Jawatan yang yang telah disediakan dibawah. Untuk memohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Mohon Jawatan

Maklumat Lanjut

Sila hubungi urusetia melalui emel [email protected] sekiranya berlaku situasi berikut:

  • Permohonan jawatan kosong UKM tidak berjaya dihantar walaupun bayaran telah berjaya dibuat.
  • Permohonan pertama berjaya dihantar walaupun bayaran belum berjaya dibuat.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment