Jawatan Kosong GURU MARA 2026

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan jawatan kosong Guru MARA yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong GURU MARA bagi tahun 2026.

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong GURU MARA 2026 sebagaimana berikut:

Maklumat Jawatan Kosong Guru MARA

Nama MajikanMajlis Amanah Rakyat (MARA)
Nama JawatanPegawai Perkhidmatan Pendidikan (Gred DG9)
PenempatanInstitut Pendidikan MARA Seluruh Malaysia
Kelayakan :Ijazah Sarjana Muda
Taraf Jawatan :Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan :21 Ogos 2025 (Jumaat)

Syarat Lantikan Jawatan Kosong Guru MARA 2025

Calon perlu memenuhi syarat asas berikut untuk memohon jawatan kosong Guru MARA 2025

  • Calon bagi lantikan hendaklah seorang warganegara Malaysia.
  • Calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf a oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian yang diiktiraf a oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf a oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf a oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf a oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Mohon Juga: Jawatan Kosong Perodua 2026. Pelbagai Jawatan ditawarkan!

Syarat Khas Memohon Jawatan Kosong Guru MARA

Syarat KhasKeterangan
Umur25 – 35 Tahun
BMITidak Melebihi 27
Keputusan SPM Bagi subjek berikut :
i. Bahasa Inggeris
ii. Matematik
iii. Sejarah
Sekurang-kurangnya Kepujian
Ijazah Sarjana Muda









i. Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.0 dan ke atas atau setara

ii. Pengkhususan Ijazah
Hanya ijazah yang bertepatan dengan subjek yang dimohon sahaja akan dipilih.

iii. Ikhtisas Pendidikan Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau Diploma Pendidikan juga boleh memohon.

iv. Tarikh Tamat
Pemohon perlu memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Surat Senat yang bertarikh pada atau sebelum Tarikh tutup permohonan.
v. Kelayakan Khusus i. Bahasa Inggeris Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mencapai sekurang-kurangnya C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR)

ii. Pendidikan Islam (Tahfiz) Perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan. Bagi graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat / Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat tersebut.
vi. Aktiviti sukan dan permainanPemohon yang aktif dalam bidang sukan dan permainan akan diberi keutamaan.

Cara Mohon Jawatan Kosong GURU MARA 2025

  • Permohonan jawatan kosong diatas hendaklah melalui portal rasmi MARA di https://www.mara.gov.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang dibuat secara dalam talian melalui pautan yang sah sahaja akan diterima. Permohonan lewat atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.
  • Permohonan yang diterima akan disaring berasaskan syarat lantikan dan syarat khas yang telah ditetapkan.
  • Pemohon yang melepasi saringan akan dipanggil untuk mengikuti Ujian MyPersonaliti.
  • Pemohon yang berjaya dalam Ujian MyPersonaliti sahaja akan dipanggil untuk mengikuti proses penilaian seterusnya iaitu MARA Assessment Center (MAC).
  • Pemohon yang lulus proses penilaian MAC akan ditawarkan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 secara lantikan kontrak.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Mohon Jawatan

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan/ swasta yang terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi  yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan. Sebarang permohonan hendaklah melalui portal rasmi seperti yang telah kami beritahu di bahagian cara mohon. Kami tidak mengambil sebarang maklumat peribadi pemohon di laman web ini. 

Leave a Comment