Jawatan Kosong MySTEP Kementerian Komunikasi dan Digital 2026

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Kementerian Komunikasi dan Digital kini membuka peluang kerjaya MySTEP dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong MySTEP Kementerian Komunikasi 2026 terkini.

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong MySTEP Kementerian Komunikasi 2026 sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Kementerian Komunikasi dan Digital
Penempatan:Putrajaya
Kelayakan:SPM/ Diploma/ Ijazah
Taraf Jawatan:Kontrak MySTEP
Tarikh Tutup:

Senarai Jawatan Kosong MySTEP Kementerian Komunikasi

Senarai JawatanKelayakan Akademik
Personel MySTEPIjazah
Personel MySTEPDiploma
Personel MySTEPSPM

Jawatan Kosong Terkini: Jawatan Kosong MySTEP di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) 2026

Diskripsi Tugas

Personel MySTEP Ijazah:

Dua (2) Kekosongan Personel MySTEP Setaraf Ijazah di Sekretariat Majlis Ekonomi Jingga (MEJ), Kementerian Komunikasi

  1. Membantu Ketua Sekretariat Majlis Ekonomi Jingga (MEJ), Kementerian Komunikasi dalam:
    • (a) merancang dan menjalankan tugas-tugas keurusetiaan MEJ meliputi penganjuran Mesyuarat MEJ serta mesyuarat-mesyuarat berkaitan dengannya termasuk perancangan kewangan;
    • (b) mendapatkan input dan maklum balas yang berkaitan bagi melancarkan tugas-tugas keurusetiaan MEJ;
    • (c) menyediakan minit mesyuarat MEJ dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan dengannya serta mendapatkan maklum balas ahli-ahli mesyuarat; dan
    • (d) menyimpan, rekod dan dokumen bahan pembentangan, minit dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan Mesyuarat MEJ dengan selamat dan sistematik.
    • (e) melaporkan secara berkala pelaksanaan keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh MEJ kepada Mesyuarat MEJ.
  2. Melaksanakan tugasan yang diberikan dari semasa ke semasa.

Personel MySTEP Diploma

Satu (1) Kekosongan Personel MySTEP Setaraf Diploma di Bahagian Dasar dan Antarabangsa, Kementerian Komunikasi

  1. Membantu menyelaras penyediaan dan pembangunan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) setiap tier di Kementerian Komunikasi;
  2. Membantu memantau dan melaporkan prestasi KPI PPTPA setiap tier menerusi sistem MyKPI;
  3. Membantu menyelaras pelaksanaan bengkel pembangunan KPI dan penggunaan Sistem MyKPI bersama Pegawai Perhubungan KPI di peringkat kementerian; dan
  4. Membantu keurusetiaan mesyuarat penyediaan dan pemantauan pelaksanaan KPI PPTPA;
    (a) Mesyuarat Penetapan KPI Tier 1;
    (b) Mesyuarat Runding Cara Penyediaan dan Pembangunan KPI setiap tier;
    (c) Mesyuarat Penetapan KPI PPTPA; dan
    (d) Mesyuarat Semakan Pertengahan Tahun KPI PPTPA setiap tier.
  5. Membantu dalam penyediaan bahan bagi pemukiman melibatkan pengurusan tertinggi kementerian.
  6. Melaksanakan tugasan yang diberikan dari semasa ke semasa.

Personel MySTEP SPM

Satu (1) kekosongan di Pejabat Timbalan Menteri, Kementerian Komunikasi

(1) Membantu menyelaras urusan pentadbiran am pejabat
(2) Menyediakan memo dan surat – menyurat
(3) Membantu keurusetiaan mesyuarat
(4) Mahir menggunakan Microsoft Word, Excel dan PowerPoint

Syarat Asas Permohonan Jawatan Kosong MySTEP Kementerian Komunikasi

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong MySTEP Kementerian Komunikasi 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Mohon Jawatan Kosong MySTEP Kementerian Komunikasi 2026

  • Permohonan Jawatan Kosong MySTEP Kementerian Komunikasi 2026 diatas hendaklah melalui Laman Rasmi MyFutureJobs di https://myfuturejobs.gov.my/ atau melalui pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan di bawah.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Mohon Jawatan

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.Kami tidak meminta atau menerima sebarang maklumat peribadi pemohon kerana kami tidak menguruskan urusan pengambilan pekerja. Kami hanya mengiklankan kekosongan jawatan sahaja. Terima Kasih.

Leave a Comment