Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Lembaga Getah Malaysia kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong LGM 2026 terkini.
Maklumat Jawatan Kosong LGM 2026
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong LGM 2026 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Lembaga Getah Malaysia (Malaysian Rubber Board) |
| Penempatan: | Pelbagai Negeri |
| Kelayakan: | Rujuk jadual jawatan di bawah |
| Taraf Jawatan: | Tetap/ Kontrak |
| Tarikh Tutup: | 14 Julai 2026 (Selasa) |
Senarai Jawatan Kosong
| Senarai Kekosongan | Kelayakan Akademik | Penempatan |
| Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1 | SPM/ SVM/ SKM | Lembah klang, Sg. Buloh, Kuching, Kuantan |
| Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N1 | SPM/ SVM/ SKM | Kuala Lumpur |
| Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1 | SPM/ SVM/ SKM | Kuala Lumpur |
| Pembantu Penyelidik Gred Q1 | SPM/ SVM/ SKM | Lembah Klang, Kuala Lumpur, Sg Buloh |
| Pembantu Keselamatan Gred KP1 | SPM/ SVM/ SKM | Kota Tinggi, Johor |
| Pembantu Kemahiran Gred H1 | SPM/ SVM/ SKM | Kuala Lumpur, Sg Buloh |
| Pembantu Khidmat Am Gred H1 | SPM/ SVM/ SKM | Kuala Lumpur, Sg Buloh, Kota Tinggi, Seremban |
| Pembantu Khidmat Am Gred H1 | SPM/ SVM/ SKM | Kuala Lumpur,Sg Buloh |
| Pembantu Khidmat Am Gred H1 | SPM/ Tamat Tingkatan 3/ Tamat Darjah 6 | Kota Tinggi, Lembah Klang, Kuala Lumpur, Sg Buloh |
Jawatan Kosong Terkini: Jawatan Kosong di Lembaga Minyak Sawit Malaysia dibuka. Ambilan 2026

Syarat Asas Permohonan Jawatan Kosong
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong LGM 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon Jawatan Kosong LGM 2026
- Permohonan Jawatan Kosong LGM 2026 diatas hendaklah melalui Laman Rasmi Lembaga Getah Malaysia di https://www.lgm.gov.my/ atau melalui pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan di bawah.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Maklumat Lanjut
Sebarang Pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada unit pembangunan sumber manusia/ seksyen perjawatan di talian 03-92062000:
i. Cik Nur Hafizah binti Mohd Arifin (ext : 2205)
ii. Cik Nur Fa’iqah bt Jasmi (ext: 2205)
iii. Encik Haszrul Naim Bin Abdul Halim (ext: 2204)
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.Kami tidak meminta atau menerima sebarang maklumat peribadi pemohon kerana kami tidak menguruskan urusan pengambilan pekerja. Kami hanya mengiklankan kekosongan jawatan sahaja. Terima Kasih.
