Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Majlis Daerah Tanjong Malim kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong MDTM 2026 terkini.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong MDTM 2026 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Majlis Daerah Tanjong Malim |
| Penempatan: | Perak |
| Kelayakan: | SPM/ Diploma/ Ijazah |
| Taraf Jawatan: | Tetap/ Kontrak |
| Tarikh Tutup: | 16 Jun 2026 (Selasa) |
Senarai Kekosongan Jawatan
| Senarai Jawatan Kosong | Kelayakan Akademik | Taraf Jawatan |
| Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA5 | Sijil / Diploma | Tetap |
| Pembantu Penguatkuasa Gred KP1 | SPM/ SKM/ SVM/ Bekas Anggota | Tetap/ Kontrak |
| Pembantu Kesihatan Awam Gred U1 | Sijil | Tetap |
| Pembantu Khidmat Am Gred H1 | SPM/ SVM/ SKM | Tetap/ Kontrak |
| Pembantu Khidmat Am (Pemandu Kenderaan) Gred H1 | SPM/ SVM/ SKM | Tetap/ Kontrak |
Jawatan Kosong Terkini: Jawatan kosong Guru Ganti MySTEP Pelbagai Negeri Tahun 2026 dibuka
Syarat Asas Permohonan Jawatan Kosong MDTM 2026
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong MDTM 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon Jawatan Kosong MDTM 2026
- Permohonan Jawatan Kosong MDTM 2026 diatas hendaklah melalui Laman Rasmi Digital Perak di https://digital.perak.my/ atau melalui pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan di bawah.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang telah lengkap di isi secara online hendaklah menghantar borang permohonan dan dokumen salinan ke alamat yang berikut;
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Tanjong Malim,
Peti Surat 59
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan - Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
