Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong MARDI 2026 terkini.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong MARDI 2026 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) |
| Penempatan: | Pelbagai Negeri |
| Kelayakan: | SPM/ Diploma/ Ijazah |
| Taraf Jawatan: | Tetap |
| Tarikh Tutup: | 30 Jun 2026 (Selasa) |
Senarai Kekosongan Jawatan
| Jawatan | Kelayakan Akademik | Penempatan |
| Pegawai Penyelidik Gred Q9 | Ijazah | Kelantan, Pahang, Selangor |
| Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q5 | Diploma/ STPM/ MATRIKULASI/ Sijil/ Sijil Pertanian | Kelantan, Pahang, Perak, Sarawak, Selangor dan Terengganu |
| Pegawai Tadbir Gred N9 | Ijazah | Selangor |
| Setiausaha Pejabat Gred N5 | Diploma | Selangor |
| Pembantu Khidmat Am (AM) Gred H1 | STPM/ SVM/ SPM | Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Terengganu |
| Pembantu Khidmat Am (Pemanduan) H1 | SPM/ SVM Setaraf | Selangor |
Jawatan Kosong Terkini: Jawatan Kosong Operator Kilang PROTON 2026 dibuka
Syarat Asas Permohonan Jawatan Kosong
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong MARDI 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon Jawatan Kosong MARDI 2026
- Permohonan Jawatan Kosong MARDI 2026 diatas hendaklah melalui Laman Rasmi MARDI di https://www.mardi.gov.my/en/ atau melalui pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan di bawah.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak urusetia talian 03-8953 7052//7087/7085/7082
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
