Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia 2026

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Lembaga Koko Malaysia kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia 2026 terkini.

Maklumat Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia 2026

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia 2026 sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Lembaga Koko Malaysia (LKM)
Penempatan:Pelbagai Negeri
Kelayakan:SPM/ Diploma/ Ijazah
Taraf Jawatan:Tetap
Tarikh Tutup:12 Jun 2026 (Jumaat)

Senarai Kekosongan Jawatan

Senarai Jawatan KosongKelayakan AkademikPenempatan
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E9Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam dalam bidang Pentadbiran Perniagaan / Ekonomi / perakaunan / Kewangan atau bidang berkaitanKota Kinabalu Sabah
Akauntan Gred WA9Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setarafKota Kinabalu, Sabah
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA5Sijil Teknologi Maklumat,
Sijil Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer atau Sijil dalam bidang Prosesan Data yang diiktiraf/
Sijil Teknologi Maklumat,
Sijil Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer atau Sujil dalam bidang Prosesan Data yang diiktiraf /
Diploma Sains Komputer, Diploma Teknologi Maklumat atau Diploma Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf
Kota Kinabalu, Sabah
Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E1SPM/ SVM/ SKM Kota Samarahan, Sarawak
Pembantu Tadbir (Perkeranian /Operasi) Gred N1SPM/ SVM/ SKMTawau & Kota Kinabalu Sabah
Pembantu Penyelidik Gred Q1SPM/ SVM/ SKMBagan Datuk, Perak
Pembantu Khidmat Am Gred H1SPM/ SVM/ SKMNilai, Negeri Sembilan & Tawau Sabah

Jawatan Kosong Terkini: Jawatan kosong Guru Ganti MySTEP Pelbagai Negeri Tahun 2026 dibuka

Syarat Asas Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia 2026

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Mohon Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia 2026

  • PermohonanJawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia 2026 diatas hendaklah melalui borang permohonan yang boleh didapati di Laman Rasmi Lembaga Koko Malaysia di https://www.koko.gov.my/ atau melalui pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan di bawah.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sekeping gambar berukuran paspot dan salinan Ijazah, Diploma (termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semester), STPM/SPM, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain dokumen (spt, kad pengenalan, sijil lahir, dll lagi) yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan hendaklah dihantar tidak lewat pada jam 5:00 Petang, Jumaat, 12 Jun 2026 ke Ibu pejabat Lembaga Koko Malaysia di alamat:-
KETUA PENGARAH  LEMBAGA KOKO 
MALAYSIA TINGKAT 7, WISMA SEDCO,
LORONG PLAZA WAWASAN
OFF COASTAL HIGHWAY BEG BERKUNCI 211
88999 KOTA KINABALU, SABAH.

NOTA: Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatit disudut atas sebelah kiri sampul surat.

Mohon Jawatan (Borang Permohonan)

Baca Iklan Kekosongan Disini

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment