Jawatan Kosong MPKBBRI 2026 – Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong MPKBBRI 2026 terkini.

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong MPKBBRI 2026 sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Penempatan:Kota Bharu, Kelantan
Kelayakan:SPM/ Diploma/ Ijazah
Taraf Jawatan:Tetap / Kontrak
Tarikh Tutup:16 Mei 2026 (Sabtu)

Senarai Jawatan Kosong MPKBBRI 2026

  1. Pegawai Tadbir Gred N9
  2. Jurutera Gred J9
  3. Penolong Jurutera Gred JA5
  4. Penolong Pegawai Tadbir Gred N5
  5. Penolong Juruaudit Gred W5
  6. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1
  7. Pembantu Penguatkuasa Gred KP1
  8. Pembantu Khidmat Am Gred H1

Jawatan Kosong Terkini: Jawatan kosong Guru Ganti MySTEP Pelbagai Negeri Tahun 2026 dibuka

Syarat Asas Permohonan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong MPKBBRI 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Mohon Jawatan Kosong MPKBBRI 2026

  • Permohonan Jawatan Kosong MPKBBRI 2026 diatas hendaklah melalui portal rasmi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam di https://mpkbbri.kelantan.gov.my/ .
  • Permohonan hanyalah melalui atas talian sahaja di website rasmi mereka atau melalui pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan di bawah.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Mohon Jawatan

Baca Iklan Kekosongan MPKBBRI Disini

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment