Jawatan Kosong LHDN 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Lembaga Hasil Dalam Negeri, kini membuka peluang kerjaya dengan menawarkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong LHDN 2026 terkini.

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong LHDN 2026 sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Lembaga Hasil Dalam Negeri
Lokasi:
Kelayakan:SPM/ Diploma/ Ijazah
Taraf Jawatan:
Tarikh Tutup:10 Mei 2026 (Ahad)

Senarai Jawatan Kosong

Senarai KekosonganKelayakan Akademik
1. Penolong Eksekutif Hasil (Pentadbiran) Fungsi Keselamatan HGS NE8Minima Diploma/ STPM/ MATRIKULASI
2. Pembantu Hasil (Percukaian dan Operasi) Fungsi Keselamatan HGS NE4 Minima SPM
3. Pengawal Keselamatan (Polis Bantuan) HGS NE1Minima SPM/ SVM

Jawatan Kosong Terkini: Jawatan Kosong MySTEP SPRM 2026. Mohon Sekarang!

Syarat Asas Permohonan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong LHDN 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Syarat Kelayakan Fizikal

Untuk memohon jawatan kosong bahagian keselamatan, anda haruslah mempunyai kriteria yang berikut;

LelakiWanita
Ketinggian (Meter)1.631.53
Berat Badan (Kg)5048
Indeks Jisim Badan19 – 2619 – 26

Serta;

  • Lulus ujian penglihatan mata kiri dan kanan
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang baik
  • Tidak Cacat anggota badan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegamal perubatan berdaftar.

Cara Mohon Jawatan Kosong LHDN 2026

  • PermohonanJawatan Kosong LHDN 2026 diatas hendaklah melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri di https://kerjaya.hasil.gov.my atau pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Mohon Jawatan

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment