Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak kini membuka peluang kerjaya pelbagai jawatan yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Kerjaya SPA Perak 2026 Terkini.
Maklumat Jawatan Kosong
Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak seperti yang dinyatakan di bawah:-
| Nama Majikan: | Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak |
| Penempatan: | Perak |
| Kelayakan: | SPM/ SVM/ Diploma |
| Taraf Jawatan: | Tetap/ Kontrak |
| Tarikh Tutup: | 17 April 2026 (Jumaat) |
Senarai Kekosongan Kerjaya SPA Perak 2026
| Senarai Kekosongan Jawatan | Gred | Taraf Jawatan |
| Penolong Pemelihara Hutan | Gred G5 | Tetap |
| Juruteknik Komputer | Gred FT1 | Tetap |
| Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) | Gred JA1 | Tetap |
| Pembantu Makmal | Gred C1 | Kontrak |
| Pembantu Keselamatan | Gred KP1 | Kontrak |
Jawatan Kosong Trending : Jawatan Kosong Jabil Circuit Sdn Bhd dibuka

Syarat Lantikan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong SPA Perak 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
- Rujuk iklan di bawah untuk maklumat kerjaya secara lebih terperinci.
Cara Mohon
- Permohonan Kerjaya SPA Perak 2026 hendaklah melalui laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak di https://kerjayaspa.perak.gov.my/login di pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan dibawah. Untuk memohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
