Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Kementerian Kesihatan Malaysia kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong MySTEP KKM 2026 terkini.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong MySTEP KKM 2026 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Kementerian Kesihatan Malaysia |
| Penempatan: | Putrajaya |
| Kelayakan: | SPM/ Ijazah |
| Taraf Jawatan: | Kontrak MySTEP |
| Tarikh Tutup: | – |
Senarai Jawatan Kosong
| Senarai Kekosongan | Syarat Kelayakan Akademik |
| 1. Personel MySTEP Bahagian Amalan Perubatan | SPM |
| 2. Personel MySTEP Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan | Ijazah |
| 3. Personel MySTEP Bahagian Pemakanan | Ijazah |
| 4. Personel MySTEP Sektor Kesihatan Bayi & Kanak-Kanak | Ijazah |
Jawatan Kosong Terkini: Jawatan Kosong MySTEP SPRM 2026. Mohon Sekarang!
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong MySTEP KKM 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Skim Gaji Jawatan MySTEP
Skim gaji personel mystep kini telah dikemaskini semula oleh pihak kementerian. Oleh itu, berikut merupakan, skim gaji terkini bagi jawatan MySTEP
| Kelayakan Akademik | Skim Gaji Terkini (Bermula 2026) |
| Ijazah Sarjana Muda | RM 2,300 |
| Diploma dan Setaraf | RM 2,100 |
| SPM dan Setaraf | RM 1,900 |
| Tiada SPM | RM 1,700 |
Cara Mohon Jawatan Kosong MySTEP KKM 2026
- Permohonan Jawatan Kosong MySTEP KKM 2026 diatas hendaklah melalui portal rasmi MyFutureJobs di https://myfuturejobs.gov.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
