Jawatan Kosong KRU ECRL 2026-Kru Tren & Kru Perkhidmatan Penumpang

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRLSB) kini membuka peluang kerjaya sebagai Kru Tren yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong KRU ECRL 2026 terkini.

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong KRU ECRL 2026 sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRLSB)
Penempatan:
Kelayakan:SPM/ Diploma atau Ijazah (Dialukan untuk memohon)
Taraf Jawatan:
Tarikh Tutup:08 Mei 2026 (Jumaat)

Senarai Kekosongan

  1. Kru Tren ECRL
  2. Kru Perkhidmatan Penumpang ECRL

Jawatan Kosong Terkini: Jawatan Kosong Kilang Lam RESEARCH 2026 DIBUKA untuk permohonan!

Syarat Asas Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 -35 Tahun
  • Minima SPM (Kepujian Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik)
  • Pemegang Diploma/ Ijazah dialu-alukan untuk memohon
  • Fasih Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris
  • Calon dengan pengalaman sebagai kru kabin (Had umur 45 Tahun) amat digalakkan untuk memohon.

Syarat Kelayakan Fizikal

KriteriaLelakiWanita
Tinggi Minimum
*Bagi Kru Tren Sahaja
165cm157cm
Berat BadanSeimbang mengikut BMISeimbang mengikut BMI
  • Mempunyai penglihatan yang baik (dengan/ Tanpa Cermin mata).
  • Sihat tubuh badan dan mampu melakukan kerja fizikal.
  • Tiada Tatu atau Parut yang kelihatan (Semasa Berpakaian Seragam).
  • Berketerampilan Rapi.
  • Rambut Pendek (Lelaki), Kemas dan Profesional.

Cara Mohon Jawatan Kosong KRU ECRL 2026

  • Permohonan Jawatan Kosong KRU ECRL 2026 diatas hendaklah melalui portal rasmi ECRL di https://ecrl.com.my/careers/ / Scan QR yang terdapat di poster pengiklanan atau klik pada pautan Mohon Jawatan Kru ECRL yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Mohon Jawatan Kru ECRL 2026

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:

Emel: [email protected]
Telefon : 03 6411 5800

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment