Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Majlis Pembandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Majlis Pembandaran Hang Tuah Jaya bagi tahun 2026.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Majlis Pembandaran Hang Tuah Jaya 2026 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Majlis Pembandaran Hang Tuah Jaya |
| Penempatan: | Melaka |
| Kelayakan: | SPM/ Diploma/ Ijazah |
| Taraf Jawatan: | Tetap / Kontrak |
| Tarikh Tutup: | 24 April 2026 (Jumaat) |
Senarai Jawatan Kosong
| Senarai Kekosongan | Gred | Taraf Jawatan |
| Pegawai Perancang Bandar dan Desa | Gred J9 | Tetap |
| Pegawai Tadbir | Gred N9 | Kontrak |
| Pegawai Kesihatan dan Persekitaran | Gred U9 | Kontrak |
| Penolong Pegawai Undang-Undang | Gred L5 | Tetap |
| Penolong Akauntan | Gred W5 | Kontrak |
| Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran | Gred U5 | Kontrak |
| Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) | Gred N1 | Kontrak |
| Pembantu PenguatKuasa | Gred KP 1 | Tetap (1), Kontrak (1) |
| Pembantu Kesihatan Awam | Gred U1 | Kontrak |
| Pembantu Khidmat Am (Pemanduan) | Gred H1 | Kontrak |
| Pembantu Khidmat Am | Gred H1 | Kontrak |
Jawatan Kosong : Jawatan Kosong Kilang Plexus Manufacturing Sdn Bhd (Riverside & ATC) 2026
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong di Jawatan Kosong Majlis Pembandaran Hang Tuah Jaya 2026 yang hendak dipohon. Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon
- Permohonan jawatan kosong diatas hendaklah melalui portal rasmi di https://www.mphtj.gov.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan dibawah.
- Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada anak kelahiran Negeri Melaka.
- Sila pastikan setiap dokumen yang dimuat naik hendaklah LENGKAP dan DISAHKAN.
- Pemohon mestilah memenuhi syarat lantikan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon sebelum memohon jawatan. Skim perkhidmatan boleh rujuk iklan kekosongan diatas.
- Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan Kad Pengenalan, sesalinan Sijil Kelahiran, gambar terkini berukuran pasport dan sijil-sijil kelayakan akademik. Sila pastikan setiap dokumen tersebut hendaklah DISAHKAN. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan serta tidak disahkan akan DITOLAK dengan serta merta.
- Permohonan daripada Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap dan Kontrak) hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi 3 tahun yang terkini.
- Calon yang layak perlu menduduki Ujian Kecergasan dan Fizikal serta Ujian Kompetensi dan ujian-ujian lain yang akan dimaklumkan tarikhnya kelak.
- Hanya calon yang berjaya dalam ujian tersebut sahaja akan dipanggil untuk menjalani peringkat temuduga.
- Segala pemakluman dan panggilan akan dibuat menerusi emel yang didaftarkan pada borang jawatan kosong.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima apa-apa surat pemakluman dan panggilan, apa-apa temuduga atau apa-apa tawaran pelantikan daripada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya selepas satu (1) tahun dari tarikh tutup iklan jawatan kosong ini hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
- Pihak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya berhak memilih mana-mana calon yang difikirkan layak dan bersesuaian. Keputusan adalah muktamad.
- Calon yang dilantik perlu akur terhadap penempatan /tempat bertugas yang ditentukan dari semasa ke semasa demi kepentingan Majlis Pembandaran Hang Tuah Jaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
