Hebahan Rasmi : Pengambilan AKP SPP 2026.

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Pengambilan AKP SPP 2026 Terkini.

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Pengambilan AKP SPP 2026 sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Malaysia
Penempatan:Institusi Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
Kelayakan:SPM/ SVM
Taraf Jawatan:
Tarikh Tutup:17 April 2026 (Jumaat)

Jawatan Ditawarkan

Senarai Kekosongan Gred
1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)N1
2. Pembantu Tadbir (Kewangan)W1
3. Pembantu Pengurusan MuridN1
4. Pembantu MakmalC1
5. Pembantu Khidmat AmH1

Syarat Asas Pengambilan AKP SPP 2026

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Pengambilan AKP SPP 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Syarat Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

a) Bagi tujuan pelantikan ke jawatan perkhidmatan awam, yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SPM berikut:

  i) dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan SPM; atau

 ii) dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.

b) Selain itu, terdapat skim perkhidmatan tertentu yang mensyaratkan Kepujian/Lulus dalam mata pelajaran tertentu selain daripada keperluan memenuhi syarat kelayakan seperti 1(a)(i) dan 1(a)(ii) di atas.

Syarat Kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

a) Bagi tujuan pelantikan ke jawatan perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SVM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SVM berikut:

  i) mata pelajaran Bahasa Melayu (kod 1104) di peringkat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C); dan     

ii) kelayakan SVM dalam bidang berkaitan mengikut syarat skim perkhidmatan.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Mohon Pengambilan AKP SPP 2026

  • Permohonan Pengambilan AKP SPP 2026 diatas hendaklah melalui laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di https://www.spp.gov.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Mohon Jawatan

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment