Jawatan Kosong Guru Tabika dan Penolong Guru JPNIN 2026

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Guru Tabika JPNIN 2026 Terkini.

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Guru Tabika JPNIN 2026 sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Penempatan:Penang & Negeri Sembilan
Kelayakan:SPM / Diploma
Taraf Jawatan:Kontrak
Tarikh Tutup:16 & 22 Februari 2026

Senarai Jawatan Kosong Guru Tabika JPNIN

Berikut merupakan kekosongan jawatan yang boleh dimohon;

JawatanBilangan KekosonganPenempatanTarikh Tutup Permohonan
Guru Tabika Perpaduan Gred S54Negeri Sembilan16 Februari 2026
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pendidik) Gred S51Pulau Pinang22 Februari 2026
Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S12
Pulau Pinang
22 Februari 2026
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Guru Tabika)3
Pulau Pinang
22 Februari 2026
Pembantu Khidmat Am (Penolong Guru) Gred H14
Pulau Pinang
22 Februari 2026

Baca Juga : Jawatan Kosong Kilang Jabil Malaysia 2026

Syarat Lantikan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong Guru Tabika JPNIN 2026 yang hendak dipohon, Sila baca cara mohon dan muat turun borang permohonan jawatan yang kami telah sediakan seperti berikut.
Borang-Permohonan-Jawatan-Kosong-Guru-Tabika-Di-JPNIN

Cara Mohon Jawatan Kosong Guru Tabika JPNIN

  • Permohonan Jawatan Kosong Guru Tabika JPNIN hendaklah dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di laman web JPNIN di http://www.jpnin.gov.my/ (Perkhidmatan> Borang) beserta gambar berukuran passport (tidak akan dikembalikan) ATAU klik pada pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan dibawah.
  • Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.
  • Borang permohonan hendaklah dikemukakan bersama dengan dokumen sokongan yang berikut dan DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan yang menjawat jawatan Kumpulan ‘A’/Gred 9 ke atas/Penghulu/Ketua Kampung:
    • Dokumen Salinan yang perlu DISAHKAN ialah:
      • Salinan Kad Pengenalan
      • Salinan Sijil Kelahiran/Surat Beranak
      • Salinan Sijil Berhenti Sekolah
      • Salinan Sijil Akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara
      • Salinan Diploma beserta Transkrip
  • Permohonan berikut AKAN DITOLAK :
    • TIDAK lengkap/ TIDAK jelas;
    • TIDAK memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
    • TIDAK disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
    • TIDAK menandatangani borang permohonan;
    • TIDAK mengikut Peraturan 18 Bab ‘A’ P.U.(A)/2012 bagi calon yang sedang berkhidmat
  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.
  • Segala perbelanjaan menghadiri temu duga adalah tanggungan sendiri dan jabatan tidak akan melayan sebarang tuntutan.
  • Borang permohonan beserta dokumen sokongan yang telah disahkan perlu dikemukakan secara pos atau secara serahan tangan ke alamat seperti berikut :

Bagi permohonan Jawatan di Negeri Sembilan;

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan, Tingkat 12, Wisma Persekutuan Jalan Dato’ Abdul Kadir 70000 Seremban NEGERI SEMBILAN

Bagi Permohonan Jawatan di Negeri Pulau Pinang;

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pulau Pinang (Kementerian Perpaduan Negara), Aras 5, Bangunan Persekutuan, Jalan Anson, 10400 GEORGETOWN, PULAU PINANG

Mohon Jawatan Guru Tabika JPNIN 2026

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment