Jawatan Kosong Pembantu Pengurusan Murid 2026 (Mengikut Daerah)
Adakah anda berminat membina kerjaya dalam bidang pendidikan? Peluang kini terbuka untuk anda memohon jawatan kosong Pembantu Pengurusan Murid tahun 2026 di seluruh Malaysia. Jawatan ini sesuai untuk lepasan SPM atau Diploma Setaraf mahupun graduan yang ingin menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara.
Antara kelebihan jawatan ini termasuk gaji menarik, latihan Kerja, serta persekitaran kerja yang mesra. Mohon segera sebelum tarikh tutup permohonan! Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Pembantu Pengurusan Murid 2026.
Maklumat Jawatan Kosong Pembantu Pengurusan Murid 2026
| Nama Majikan | Pejabat Pendidikan Daerah (Mengikut Daerah yang dimohon) |
| Nama Jawatan | Pembantu Pengurusan Murid (PPM) |
| Penempatan | Pelbagai Negeri |
| Kelayakan | SPM/ Diploma |
| Taraf Jawatan | Kontrak |
| Tarikh Tutup Permohonan | – |
Syarat Kelayakan Asas
Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Pembantu Pengurusan Murid 2026 hendaklah memiliki Kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 Tahun ke atas
- Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM)/ SPM +SKM
- Mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) tidak melebihi 35
Mohon Juga : Jawatan Kosong Guru Ganti MySTEP (Mengikut Daerah) Ambilan Tahun 2026.
Syarat Kelayakan Akademik
- Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan SPM; atau
- Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua (2) peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.
ATAU - Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (kod 1104) pada peringkat SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Kelayakan SVM dalam bidang kursus Pengajian Awal Kanak-kanak.
Senarai Jawatan Kosong Pembantu Pengurusan Murid 2026
- Pembantu Pengurusan Murid (PPD Daerah Klang)
- Pembantu Pengurusan Murid (PPD Kudat, Sabah)
- Pembantu Pengurusan Murid (PPD Jasin, Melaka)
- Pembantu Pengurusan Murid (PPD Kuala Muda,Yan, Kedah)
- Pembantu Pengurusan Murid (PPD Kulim, Bandar Baharu)
- Pembantu Pengurusan Murid (PPD Jerantut, Pahang)
- Pembantu Pengurusan Murid (PPD Kunak, Sabah)
- Pembantu Pengurusan Murid (ppd Sabak Bernam)
- Pembantu Pengurusan Murid (PPD Seratok,Sarawak)
- Pembantu Pengurusan Murid (PPD Kuantan, Pahang)
- Pembantu Pengurusan Murid (PPD Rompin, Pahang)
- Pembantu Pengurusan Murid (PPD Kuala Kangsar, Perak)
- Pembantu Pengurusan Murid (PPD Kubang Pasu, Jitra)
Diskripsi Tugas
- PENGURUSAN MURID
- Membantu dalam pengurusan diri murid dari aspek fizikal,
- emosi, rohani dan jasmani serta keselamatan dan kesihatan.
- PENGURUSAN KELAS DAN DAPUR/ BILIK/ ASRAMA
- Urusan penyediaan makanan/ mengemas/ membantu dalam
- pengurusan kebersihan, keceriaan dan keselamatan murid.
- KOKURIKULUM DAN RIADAH/ PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
- Membantu mengawasi dan mengiringi penghuni asrama sewaktu aktiviti kokurikulum dan riadah/ membantu dalam pengurusan dan perjalanan sebelum, semasa dan selepas PdP.
- PENGURUSAN PENTADBIRAN AM, REKOD, DOKUMEN DAN ASET/ PERGERAKAN DAN AKTIVITI MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS MBPK (MOBILITI)
- Membantu dalam pengurusan dan pentadbiran am asrama,
- pengurusan mobiliti MBPK (pergerakan MBPK) dan
- penglibatan MBPK dalam setiap aktiviti.
- PENGURUSAN PENTADBIRAN AM, REKOD, DOKUMEN DAN ASET
- Membantu dalam pengurusan dan pentadbiran am kelas/ asrama/ rekod/ dokumen, kewangan, stok dan aset Kerajaan.
- TUGAS SEWAKTU CUTI PERSEKOLAHAN
- Membersihkan semua kemudahan, peralatan, stor dan bilik-bilik khas supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat digunakan.
Skim Gaji
Bagi tahun 2026, Kerajaan telah menetapkan kadar Personel Gaji MySTEP yang baharu, termasuk kenaikan gaji lepasan Ijazah Sarjana Muda kepada RM2,300 sebulan.
| Peringkat | Tangga Gaji Jawatan MySTEP Terkini |
| Setaraf Ijazah Sarjana Muda | RM2,300 sebulan |
| Setaraf Diploma / STPM | RM2,100 sebulan |
| Setaraf SPM | RM1,900 sebulan |
| Tiada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | RM1,700 sebulan |
Cara Mohon
- Permohonan jawatan kosong diatas hendaklah melalui Portal Rasmi MyFutureJobs di https://myfuturejobs.gov.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, Hanya calon yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga.
- Keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 30 hari dari tarikh mohon hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan/ swasta yang terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan. Sebarang permohonan hendaklah melalui portal rasmi seperti yang telah kami beritahu di bahagian cara mohon. Kami tidak mengambil sebarang maklumat peribadi pemohon di laman web ini.
