Pengambilan TUDM 2026 Siri 71/26 – Perajurit Muda (PJM) Udara (Lelaki & Wanita)

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

Peluang Kerjaya kini dibuka di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)! Bagi anda yang berminat membina kerjaya sebagai ahli TUDM 2026, ini peluang terbaik anda. Permohonan kini dibuka pada bemula 15 Disember 2025 sehingga 15 Februari 2026 Sahaja.

Maklumat Jawatan

Nama Majikan:Kementerian Pertahanan
Penempatan:Seluruh Negeri di Malaysia
Kelayakan:Minima SPM/ Diploma/ Diploma Kejuruteraan
Taraf Jawatan:Tetap
Tarikh Tutup:15 Februari 2026 (Ahad)
Kadar GajiLatihan Perajurit Muda (6 Bulan) – RM1,925.00
SPM/ SVM – RM2,035.00
SKM Tahap 2 – RM2,107.00
SKM Tahap 3 – RM2,179.00
Diploma Kejuruteraan – RM2,539.00

Syarat Kesihatan TUDM 2026

Setiap calon yang ingin memohon, anda hendaklah;

  • Sihat tubuh badan,tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, sebarang penyakit kronik dan penyakit keturunan.
  • Penglihatan (Jelas tanpa cermin mata/ kanta lekap/ tidak Rabun warna)
  • Pendengaran yang jelas tanpa sebarang alat bantuan pendengaran, dan;
  • Memenuhi syarat fizikal dibawah.
UKURANLELAKIWANITA
Tinggi (Minima)1.65m1.6m
Berat (Minima)49 kg46 kg
BMI18.0 – 25.018.0 – 25.0

Syarat Asas TUDM 2026

Berikut merupakan beberapa syarat Utama yang perlu diberi kan perhatian apabila ingin menyertai pengambilan TUDM Siri 71/26 ini, iaitu;

  • Berjantina Lelaki atau Wanita
  • Calon hendaklah seorang Warganegara Malaysia.
  • Tidak Berkahwin atau Bujang (Calon Wanita Sahaja)
  • Berumur 18 Tahun dan TIDAK melebihi 25 Tahun pada Tarikh 1 Julai 2025.
  • Merupakan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
  • Lepasan Sijil SKM Tahap 2 dan SKM Tahap 3.
  • Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik/Universiti Awam/ Swasta.
  • Calon hendaklah Bebas dari sebarang kes jenayah/ juvana dan dadah.

Syarat Kelayakan akademik Peringkat SPM

Calon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan sejarah. Keutamaan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN dalam mata pelajaran berikut:

a. Bahasa Inggeris
b. Matematik
c. Sains
d. Fizik
e. Kimia

Syarat Kelayakan akademik Peringkat Diploma

  • Calon yang mempunyai Diploma dalam bidang Sains, Teknologi dan Pengurusan akan diberikan Keutamaan.
  • Calon yang mempunyai Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Elektrik, Elektronik dan yang berkaitan dengan fungsi tred Kejuruteraan TUDM.
  • Calon perlu mengemukakan Sijil Diploma, Transkrip dan sijil perakuan akreditasi (Pengiktirafan Rasmi) dari badan berkaitan.
  • Mempunyai Diploma yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).

Baca Juga: 5 Top Kerjaya di Malaysia Tahun 2026

Cara Mohon TUDM 2026

Permohonan perlu dibuat melalui Laman Web rasmi TUDM 2026 DISINI : https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/

Langkah-langkah:

  1. Layari Laman Web Rasmi Pengambilan Perajurit Tentera Udara Diraja Malaysia disini : https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/ atau Scan QR Code di Gambar dibawah.
  2. Daftar Sebagai Pemohon (Bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).
  3. Log Masuk Ke Bahagian Pemohon.
  4. Calon perlu melengkapkan maklumat peribadi, maklumat SPM/ SVM, Maklumat Sijil/ Diploma dan Maklumat Sukan dalam borang permohonan.
  5. Calon hendaklah mengisi boring permohonan pada Tarikh yang ditetapkan dan pilih pusat pemilihan Awal yang berhampiran dengan tempat tinggal pemohon.
  6. Permohonan yang lengkap akan disemak dan diproses oleh sel pengambilan TUDM.
  7. Hantar permohonan.

Selesai.

Dokumen Sokongan yang Diperlukan

Berikut merupakan beberapa dokumen sokongan yang perlu dibawa semasa proses pemilihan TUDM 2026;

  • Kad Pengenalan Pemohon
  • Sijil Kelahiran Pemohon
  • Sijil Kelayakan Akademik Pemohon
  • Kad Pengenalan bapa
  • Sijil Kelahiran Bapa
  • Kad Pengenalan Ibu
  • Sijil Kelahiran Ibu
  • Sijil kematian Ibu/ Bapa (Jika Berkaitan)
  • Sijil Cerai Ibu/ Bapa (Jika Berkaitan)

Tarikh Penting Permohonan

Tarikh Permohonan Dibuka : 15 Disember 2025
Tarikh Permohonan Ditutup :
15 Februari 2026 (Semenanjung) , 15 Januari 2026 (Sabah & Sarawak)

Tips Isi Borang Permohonan TUDM 2026

  • Jawab/ Isi semua soalan yang terdapat di dalam borang permohonan.
  • Gunakan HURUF BESAR Semasa mengisi borang ini KECUALI email
  • Isi maklumat Ibu dan Bapa mengikut Kad pengenalan mereka.
  • Pastikan maklumat yang di isi adalah betul dan benar.
  • Pilih Lokasi yang berdekatan dengan tempat tinggal anda untuk memudahkan proses temuduga jika Berjaya dipilih.
  • Pemohon yang mempunyai sijil kokurikulum, kecemerlangan dalam bidang sukan boleh dibawa
  • Pemohon yang aktif mewakili NEGERI/ NEGARA juga digalakan untuk memohon.

Kelebihan Bekerja TUDM 2026

Berikut merupakan beberapa kelebihan kepada yang para calon yang berjaya dan akan berkhidmat dalam TUDM 2026, iaitu;

  • Elaun Perkhidmatan
  • Berpeluang kenaikan gaji tahunan Tetap
  • Bayaran Elaun Khas dan insentif
    • Insentif Khas Pasukan TUDM
    • Insentif Krew Kapal Terbang
    • Tuntutan Perjalanan (Rumah – tempat bertugas)
    • Tuntutan Cuti Tahunan
  • Rawatan Perubatan & Pergigian
  • Sajian dan Tempat Tinggal (Bujang)
  • Pakaian Seragam
  • Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Cara Semak Status Permohonan

Semakan Status permohonan adalah melalui emel pemohon sekiranya Berjaya/ gagal.

Pemohon hanya perlu mendaftar sekali Sahaja.

Rujukan

Untuk Sebarang Maklumat Lanjut, anda boleh hubungi :

No Telefon : 03-40170100
Facebook : Kerjaya & Pengambilan TUDM

Penafian

Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment