Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Universiti Teknologi Mara (UiTM) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan Jawatan Kosong UiTM 2026 yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong UiTM 2026 Terkini.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong UiTM 2026 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Universiti Teknologi Mara (UiTM) |
| Penempatan: | Selangor (UiTM Shah Alam & UiTM Cawangan Selangor) |
| Kelayakan: | SPM/ Diploma/ Ijazah |
| Taraf Jawatan: | Tetap/ Kontrak |
| Tarikh Tutup: | 06 Januari 2026 (Selasa) |
Senarai Jawatan Kosong
Jawatan Akademik
- Pensyarah Gred DS11
- Pensyarah Kanan Gred DS13
- Profesor Madya Gred DS14
- Profesor Gred VK7
Jawatan Bukan Akademik (Bahagian Pentadbiran)
- Penolong Bendahari (Bahagian Audit) Gred WA9
- Penolong Grafik Gred B5
- Penolong Jurutera (Audio Visual) Gred JA5
- Penolong Pegawai Senibina Gred JA5
- Pegawai Eksekutif Gred N5
- Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q5
- Penolong Pegawai Perubatan Gred U5
- Juruteknik Komputer Gred FT1
- Pembantu Khidmat Am Gred H1
- Kerani Gred N1
- Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U1
- Pembantu Tadbir Kewangan Gred W1
Jawatan Popular : Jawatan Kosong SPN Negeri Selangor 2025. Mohon sebelum 31 Disember 2025



Syarat Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong UiTM 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon Bagi Bukan Staf UiTM
- Permohonan Jawatan Kosong UiTM 2026 hendaklah melalui laman web rasmi UiTM di https://www.uitm.edu.my/ms/ atau di pautan Mohon Jawatan yang yang telah disediakan dibawah.
- Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula
23 Disember 2025 hingga 06 Januari 2026 dengan menggunakan nombor kad pengenalan
pemohon sahaja, dengan bayaran RM10.00 (tidak termasuk caj BSN). Setiap pemohon hanya
dibenarkan membeli satu (1) nombor pin sahaja. - Setiap pemohon hanya dibenarkan memohon SATU (1) jawatan yang diiklankan sahaja.
- Pembelian nombor pin BSN boleh dibuat melalui:
- Kaunter cawangan BSN;
- Mesin ATM BSN; atau
- Perbankan internet BSN di https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
- Sila nyatakan ‘Jawatan Kosong UiTM’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.
- Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di https://www.uitm.edu.my/ms/kenali-uitm/peluang-kerjaya dan membuat permohonan secara
dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan. - Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui Sistem ePengambilan Staf dengan mengisi
borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph. D) dan Pensyarah (sekiranya memiliki
kelayakan Sarjana). - Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
