Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Tentera Darat Malaysia (TDM) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pengambilan Perajurit Muda bagi Siri 206/2026 yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumat Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia Siri 206/2026 Terkini.
Maklumat Pengambilan
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Pengambilan Tentera Darat 2026 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Kementerian Pertahanan Malaysia |
| Penempatan: | Pelbagai Negeri |
| Kelayakan: | SPM/ SPVM/ Diploma |
| Taraf Jawatan: | Tetap dan berpencen |
| Tarikh Tutup: | 05 Disember 2025 (Jumaat) |
Maklumat Jawatan
- Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat (LELAKI) lepasan SPM/ SPVM & Diploma
Jawatan Popular : Pengambilan Terkini TLDM 2025 Siri 231/26
Syarat Kelayakan Am TDM
- Calon Lelaki sahaja
- Ibu dan Bapa mestilah berstatus Warganegara Malaysia
- Berumur 18 Tahun Ke Atas dan tidak melebihi 25 Tahun pada 26 April 2026
- Minima Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (Bahasa Melayu & Sejarah) atau SPVM dengan PNGKA 2.0 dan ke atas.
- Tiada rekod jenayah/ dadah atau juvana
| Ukuran | Lelaki |
| Tinggi | 162 cm |
| Berat (Minima) | 47.5 kg |
| BMI | 18.0 – 26.0 |
Cara Mohon Tentera Darat
- Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia Siri 206/ 2026 diatas hendaklah melalui laman web rasmi Tentera Darat Malaysia di https://jmt.mod.gov.my/ atau pautan Mohon Perajurit Muda Tentera Darat yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Keputusan akan dimaklumkan di dalam sistem calon paling awal 2 minggu selepas tarikh tutup permohonan online. Calon dikehendaki login ke sistem calon dan lihat keputusan di menu dashboard
- Bagi pemohon yang GAGAL, akan dimaklumkan melalui email dan secara automatik akaun sistem calon pemohon akan dipadam dari sistem.
Mohon Perajurit Muda Tentera Darat
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
