Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Kementerian Pendidikan Malaysia kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong Pengawas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2025 yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Pengawas SPM 2025 Terkini.
Maklumat Jawatan Kosong Pengawas SPM 2025
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Pengawas Peperiksaan 2025 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) |
| Penempatan: | Seluruh Negeri |
| Kelayakan: | Lepasan IPTA/IPTS/ Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah |
| Taraf Jawatan: | Kontrak |
| Tarikh Tutup: | 16 Oktober 2025 (Khamis) |
| Masa Bertugas: | 20 November – 23 Disember 2025 |
Jawatan Ditawarkan
- Pengawas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
Jawatan Popular :
- Baca Juga : Jawatan Kosong Lam Research Dibuka! Ambilan 2025
Syarat Lantikan
- Berumur Tidak kurang daripada 18 Tahun dan tidak melebihi 65 Tahun
- Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik
- Bebas dari sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah
- Dalam daerah yang sama (Tidak Melebihi 25KM Sehala); dan
- Mempunyai pengangkutan sendiri
- Pelajar IPTA/ IPTS, IPG, Matrikulasi dan Asasi
- Kakitangan bukan Kerajaan/ Pesara Kerajaan/ Pesara Swasta

Cara Mohon Jawatan Kosong Pengawas SPM 2025
- Permohonan jawatan kosong Pengawas SPM hendaklah melalui laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di https://elp.moe.gov.my/auth/login atau pautan Mohon Jawatan yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Untuk Pertanyaan Lanjut, sila hubungi:
Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP,JPN) mengikut Negeri Pilihan masing-masing.
Maklumat SPP, JPN boleh diperolehi di Direktori MOE di Laman web rasmi KPM
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
