Jawatan Kosong SPA Sabah (SPANS) 2025 – Peluang Kerjaya Kerajaan Sabah Kini Dibuka!

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong SPA Sabah yang menanti individu yang berkelayakan.

Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong SPA Sabah terkini Tahun 2025.

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong SPA Sabah sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Penempatan:Sabah
Kelayakan:SPM/ Diploma/ Ijazah
Taraf Jawatan:Kontrak/ Tetap
Tarikh Tutup:13 Ogos 2025

Senarai Jawatan Kosong SPA Sabah

JawatanJabatanKelayakan Akademik
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA5Jabatan Perkhidmatan Komputer NegeriSijil / Diploma
Juruteknik Komputer Gred FT1Jabatan Perkhidmatan Komputer NegeriSPM/ SVM
Pembantu Khidmat AM Gred H1Jabatan Perkhidmatan Komputer NegeriSPM/ SVM
Pembantu Khidmat AM Gred H1
(Pemandu Kenderaan)
Jabatan Perkhidmatan Komputer NegeriSPM/ SVM/
Pembantu Khidmat AM Gred H1
(Pembantu Operasi)
Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am SabahSPM/ SVM/ SPM + SKM
Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Gred E9Kementerian Kewangan Negeri SabahIjazah
Pembantu Khidmat AM Gred H1Kementerian Kewangan Negeri SabahSPM/ SVM/ SPM + SKM
Pembantu Keselamatan Gred KP1Kementerian Kewangan Negeri SabahSPM/ SVM/ SPM + SKM
Pembantu Perikanan Gred G1Jabatan Perikanan SabahSPM/ SVM/ SPM + SKM
Pembantu Laut Gred A1Jabatan Perikanan SabahSPM/ SVM/ SPM + SKM
Jurutera Gred J9
1. Awam
2. Mekanikal
3. Elektrikal
4. Kimia
Jabatan Pembetungan Sabah Ijazah
Pembantu Penguatkuasa Gred KP1Jabatan Pembetungan SabahSPM/ SVM/ Bekas anggota Polis (Konstabel/Prebet)
Pembantu Khidmat Am Gred H1
(Pembantu Operasi)
Jabatan Pembetungan SabahSPM/ SVM/ SPM + SKM
Pembantu Khidmat Am Gred H1
(Pemandu Kenderaan)
Jabatan Pembetungan SabahSPM/ SVM/ SPM + SKM
Penolong Jurutera Gred JA5
1. Awam
2. Mekanikal
3. Kimia
4. Elektrikal
Jabatan Pembetungan SabahSijil Kejuruteraan/ Diploma Kejuruteraan
Pembantu Kemahiran Gred H1
1. Elektrik
2. Carriage dan Wagon, 3. Kimpalan dan Besi,
4. Pemandu Lokomotif
Jabatan Keretapi Negeri SabahSPM/ SVM/ SIJIL Kompetensi
Pembantu Khidmat AM Gred H1
(Pembantu Awam)
Jabatan Keretapi Negeri Sabah SPM/ SVM/ SPM+SKM
Pembantu Tadbir Gred N1
(Perkeranian/Operasi)
Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Jabatan Ketua MenteriSPM/ SVM
Penolong Pegawai Alam Sekitar Gred C5
Jabatan Perlindungan Alam SekitarDiploma
Pembantu Khidmat AM Gred H1Jabatan Pertanian SabahSPM/ SVM/ SPM+SKM
Pembantu Khidmat AM Gred H1Pejabat Daerah KinabatanganSPM/ SVM/ SPM+SKM
Pembantu Khidmat AM Gred H1
(Pemandu Kenderaan)
Jabatan Pertanian SabahSPM/ SVM/ SPM+SKM

Baca Juga :

Syarat Asas Permohonan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong SPA Sabah yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Mohon Jawatan Kosong SPA Sabah

  1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/ atau klik pada pautan Mohon Jawatan yang telah kami sediakan dibawah.
  2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
  3. Hanya calon – calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  5. Salinan Sijil – Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen – dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
  6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

Mohon Jawatan SPA Sabah

Tarikh Penting Permohonan

Tarikh permohonan dibuka : 30 Julai 2025

Tarikh Permohonan ditutup : 13 Ogos 2025

❓ Soalan Lazim (FAQ) – Jawatan Kosong SPA Sabah

  1. Apa itu SPANS Sabah?
    SPANS ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, yang bertanggungjawab mengurus pengambilan, pelantikan, kenaikan pangkat dan hal ehwal perjawatan penjawat awam negeri Sabah.
  2. Bagaimana cara memohon jawatan kosong SPANS Sabah 2025?
    Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi:
    👉 https://spans.sabah.gov.my
  3. Apakah kelayakan minimum untuk memohon?
    Kelayakan bergantung kepada jawatan, namun secara amnya:
    • SPM untuk jawatan sokongan
    • Diploma/Ijazah untuk jawatan profesional
  4. Bilakah keputusan permohonan akan diumumkan? Keputusan biasanya diumumkan dalam masa 1–3 bulan selepas tarikh tutup. Semakan boleh dibuat melalui portal SPANS atau emel rasmi.
  5. Saya bukan anak jati Sabah, bolehkah saya memohon?
    Kebanyakan jawatan memberi keutamaan kepada rakyat Sabah, tetapi anda masih boleh memohon jika memenuhi syarat tertentu. Sila semak butiran dalam iklan rasmi.

🎯 Berminat Menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Sabah?
Jangan tunggu lagi! Klik butang di bawah untuk semak syarat kelayakan dan hantar permohonan anda secara online sebelum tarikh tutup.

🔗 Mohon Sekarang di Portal Rasmi SPA Sabah
📅 Tarikh Tutup Permohonan: 13 Ogos 2025
📢 Tip: Sediakan dokumen lengkap seperti salinan IC, sijil akademik, dan resume terkini sebelum memohon.

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan/ swasta yang terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi  yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan. Sebarang permohonan hendaklah melalui portal rasmi seperti yang telah kami beritahu di bahagian cara mohon. Kami tidak mengambil sebarang maklumat peribadi pemohon di laman web ini. 



Leave a Comment