Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan jawatan kosong Maritim (Laskar Kelas II Maritim Gred T1) yang menanti individu yang berkelayakan.
Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Maritim terkini Tahun 2025.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong Maritim sebagaimana berikut:
Nama Majikan: | Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia |
Penempatan: | Pelbagai Negeri |
Kelayakan: | SPM/ SPM & SKM/ SVM |
Taraf Jawatan: | Interim (3 Tahun Kontrak) |
Tarikh Tutup: | 24 Jun 2025 (Selasa) |
Senarai Jawatan Kosong Maritim Terkini 2025.
Jawatan | Kelayakan Akademik & Kekosongan | Tarikh Tutup Permohonan |
Laskar Kelas II Maritim Gred T1 | SPM/ SPM & SKM/ SVM (136 Kekosongan, Simpanan 140) | 24 Jun 2025 |
Baca Juga :
- MOHON TUDM 2025 : Pengambilan Perajurit Muda (PJM) Tentera Udara Diraja Malaysia Siri 70/25.
- Jawatan Kosong MyStep di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Tiada SPM boleh memohon!


Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong Maritim yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon
- Permohonan jawatan kosong SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia) diatas hendaklah melalui portal rasmi SPA Malaysia di https://www.spa.gov.my/ atau pautan Mohon Jawatan SPA yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Tarikh Penting Permohonan
Tarik Permohonan dibuka : 18 Jun 2025 (Rabu)
Tarikh Permohonan ditutup : 24 Jun 2025 (Selasa)
Jawatan Kosong SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) membuka peluang kerjaya kepada lepasan SPM/ SPM & SKM / SVM. Pemohon yang berkelayakan adalah DIGALAKAN memohon. Jawatan Kosong adalah berdasarkan skim Interim (3 Tahun Kontrak) dan berpeluang untuk menjawat jawatan tetap. Pekerjaan yang lebih terjamin demi masa hadapan. Jom Mohon Sekarang!
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.