Pengambilan Tentera Darat Malaysia (PERAJURIT MUDA) Tahun 2025! Hadir secara “Walk in” sebelum 03 Jun 2025.

Peluang Kerjaya kini dibuka di Tentera Darat! Bagi anda yang berminat membina kerjaya sebagai anggota Tentera Darat Malaysia, ini peluang terbaik anda. Permohonan kini dibuka pada bemula 18 MEI 2025 sehingga 03 JUN 2025 Sahaja.

Semak syarat kelayakan dan cara mohon pengambilan Tentera Darat Malaysia 2025 di bawah.

Bacaan Trending Sekarang : Jawatan Kosong Pembantu Guru Terkini 2025 – Tugas Admin

MAKLUMAT JAWATAN

Nama Majikan:Kementerian Pertahanan
Penempatan:Seluruh Negeri di Malaysia
Kelayakan:Minima SPM
Taraf Jawatan:Tetap
Tarikh Tutup:03 Jun 2025
Kadar GajiSPM/ SVM – RM1,564.00
SKM Tahap 2 – RM1,630.00
SKM Tahap 3 – RM1,696.00
STAM – RM1,762.00
Diploma – Bermula RM1,894.00 – RM2,026.00

SYARAT KESIHATAN UNTUK PENGAMBILAN TENTERA DARAT

Setiap calon yang ingin memohon, anda hendaklah;

  • Sihat tubuh badan,tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, sebarang penyakit kronik dan penyakit keturunan.
  • Penglihatan (Jelas tanpa cermin mata/ kanta lekap/ tidak Rabun warna)
  • Pendengaran yang jelas tanpa sebarang alat bantuan pendengaran, dan;
  • Memenuhi syarat fizikal dibawah.
UKURANLELAKIWANITA
Tinggi (Minima)1.62m1.57m
Berat (Minima)47.5 kg45 kg
BMI18.0 – 24.918.0 – 24.9

SYARAT ASAS KELAYAKAN AKADEMIK

Berikut merupakan beberapa syarat Asas yang perlu apabila ingin menyertai pengambilan Tentera Darat ini, iaitu;

Bagi Lepasan SPM/ SVM, Calon perlu memenuhi syarat berikut;

  • Warganegara Malaysia.
  • Tidak Berkahwin atau Bujang.
  • Berumur 18 Tahun dan TIDAK melebihi 25 Tahun pada Tarikh 17 Julai 2025.
  • Minima kelayakan akademik adalah Lepasan SPM dan SVM.
  • Bebas dari sebarang kes jenayah/ juvana dan dadah.

TIPS PENGAMBILAN TENTERA DARAT LEPASAN SPM/ SVM/ DIPLOMA

Calon SPM/ SVM hendaklah LULUS (Kepujian) dalam matapelajaran berikut;

  • Bahasa Melayu
  • Sejarah

Bagi Kelayakan akademik Peringkat Diploma;

  • Calon yang mempunyai Diploma in Teaching English as Second Langguage (TESL)/ Tahfiz & Pengajian Al-Quran/ Bidang Perubatan/ Sains Veterinar adalah satu kelebihan.
  • Calon yang mempunyai Diploma Kejuruteraan Seni Bina, Ukur Bahan atau Ukur Tanah adalah satu kelebihan.
  • Calon perlu mengemukakan Sijil Diploma, Transkrip dan sijil perakuan akreditasi (Pengiktirafan Rasmi) dari badan berkaitan.
  • Mempunyai Diploma yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).

CARA MOHON TENTERA DARAT MALAYSIA

Pemohon yang ingin menyertai anggota Tentera Darat boleh Walk in ke Lokasi yang dinyatakan dibawah.

Zon Utara

  1. MSS Sungai Petani, Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah : 21 & 22 Mei 25.
  2. 6 RAMD, Kem Sultan Abdul Halim, Jitra Kedah : 27 Mei 25.
  3. 2 RRD, Kem Syed Putra, Ipoh, Perak: 2 Jun 25.

Zon Selatan

  1. MSS Kluang, Kem Mahkota, Kluang, Johor: 19 Mei 25.
  2. RRD (Para), Kem Terendak, Melaka: 24 Mei 25.
  3. 15 RAMD, Kem Senawang, Senawang, N.Sembilan : 29 Mei 25.

Zon Sabah

  1. 7 RAMD, Kem Kabota, Tawau, Sabah: 18 Mei 25.
  2. 22 RAMD, Kem Sri Kinabatangan, Sandakan, Sabah: 22 Mei 25.
  3. MSS Lok Kawi, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah: 28 & 29 Mei 25.

Zon Timur

  1. MSS Desa Pahlawan, Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan : 20 & 21 Mei 25.
  2. MSS Kuantan, Kem Batu 10, Kuantan, Pahang : 25 Mei 25.
  3. 18 RAMD (Para), Kem Seri Pantai, Kuala Nerus, Terengganu : 29 Mei 25.

Zon Sarawak

  1. MSS Desa Pahlawan, Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan : 20 & 21 Mei 25.
  2. MSS Kuantan, Kem Batu 10, Kuantan, Pahang : 25 Mei 25.
  3. 18 RAMD (Para), Kem Seri Pantai, Kuala Nerus, Terengganu : 29 Mei 25.

Zon Tengah

  1. MK 12 Bgd , Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur : 2 & 3 Jun 25.

DOKUMEN SOKONGAN PERLU DIBAWA

  • Kad Pengenalan Pemohon (Asal dan 1 Salinan)
  • Sijil SPM/ SVM (Asal dan 1 Salinan)
  • Sijil Berhenti Sekolah Tingkatan 5 (Asal dan 1 salinan)
  • Sijil Akademik Tertinggi dan Transkrip (Asal dan 1 Salinan)
  • Kad Pengenalan Ibu (1 Salinan)
  • Kad Pengenalan Ayah (1 Salinan)
  • Kad Pengenalan 2 Orang Waris Tambahan (1 Salinan)
  • Sijil Nikah dan Sijil Kelahiran Anak (Jika ada – 1 Salinan)
  • Sijil Kematian Ibu Bapa (Jika Meninggal – 1 Salinan)
  • Gambar berukuran passport (Latar belakang Putih/ Biru)
  • Filem Xray serta Laporan Radiologi (Tempoh 5 bulan)
  • 1 Batang Ball Pen Hitam

JADUAL MASA DAN AKTIVITI PROSES PEMILIHAN TENTERA DARAT

JAM AKTIVITI
07.30 am – 08.30 amPendaftaran Kehadiran
08.30 am – 09.30 amSemakan Dokumentasi
10.00 am – 11.00 amPengukuran BMI
11.30 am – 2.30 pmPemeriksaan Kesihatan
2.30 pm – 3.30 pmUjian Fardhu Ain (Muslim Sahaja)
3.30 pm – 4.30 pmUjian Bertulis
4.30 pm – 5.30 pmUjian Kecergasan Asas (UKA)
5.30 pm – 6.30 pmTaklimat Akhir
6.30 pmBersurai

Nota: Calon diminta sebaiknya hadir 30 minit sebelum pendaftaran bagi memudahkan proses pendaftaran dan penyediakan dokumen untuk semakan.

TATACARA PEMAKAIAN KETIKA WALK IN

TARIKH PENTING WALK IN

Tarikh Permohonan Dibuka : 18 MEI 2025
Tarikh Permohonan Ditutup : 03JUN 2025

TIPS ISI BORANG

  • Jawab/ Isi semua soalan yang terdapat di dalam borang permohonan.
  • Gunakan HURUF BESAR Semasa mengisi borang ini KECUALI email
  • Isi maklumat Ibu dan Bapa mengikut Kad pengenalan mereka.
  • Pastikan maklumat yang di isi adalah betul dan benar.
  • Pilih Lokasi yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.
  • Pemohon yang mempunyai sijil kokurikulum, kecemerlangan dalam bidang sukan boleh dibawa.
  • Pemohon yang aktif mewakili NEGERI/ NEGARA juga digalakan untuk memohon.
  • Print borang pengesahan MQA (Jika kelayakan adalah diploma dan keatas) dan bawa bersama ketika proses pemilihan.

KELEBIHAN BEKERJA DALAM TENTERA DARAT

Berikut merupakan kelebihan/ Keistimewaan kepada para calon yang berjaya dan akan berkhidmat dalam TENTERA DARAT, iaitu;

  • Elaun Perkhidmatan
  • Berpeluang kenaikan gaji tahunan Tetap
  • Bayaran Elaun Khas dan insentif
    • Insentif Khas Pasukan Tentera Darat
    • Tuntutan Cuti Tahunan
  • Rawatan Perubatan & Pergigian
  • Sajian dan Tempat Tinggal (Bujang)
  • Pakaian Seragam
  • Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN

Semakan Status permohonan adalah melalui emel pemohon sekiranya Berjaya/ gagal. Status Permohonan akan kami kemaskini sebaik sahaja terdapat maklumat terkini dari pihak berkenaan.

Rujukan

Untuk Sebarang Maklumat Lanjut, anda boleh hubungi :

No Telefon : 03-4014 067/ 068/ 069
Laman Web Rasmi Tentera Darat Malaysia: https://army.mil.my/

Penafian

Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment