Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Lembaga Getah Malaysia kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong bertstatus tetap yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon.
Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia bagi tahun 2025.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong Lembaga Getah Malaysia sebagaimana berikut:
Nama Majikan: | Lembaga Getah Malaysia |
Penempatan: | Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Johor |
Kelayakan: | SPM/ SVM/ STPM/ STAM/ Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah |
Taraf Jawatan: | Tetap/ Kontrak |
Tarikh Tutup: | 06 Jun 2025 |
Senarai Jawatan Kosong di Lembaga Getah Malaysia
JAWATAN | Tetap/ Kontrak | Kelayakan Akademik (Minima) |
1. Arkitek Gred J10 – | Kontrak | Ijazah Sarjana Muda |
2. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F9 – | Kontrak | Ijazah Sarjana Muda |
3. Pegawai Tadbir Gred N9 | Kontrak | Ijazah Sarjana Muda |
4. Akauntan Gred WA9 – | Tetap | Ijazah Sarjana Muda |
5. Penolong Juruukur Gred JA5 | Kontrak | Diploma |
6. Penolong Jurutera Gred JA5 | Kontrak | Diploma |
7. Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP5 | Tetap | STPM/MATRIKULASI/ BEKAS ANGGOTA POLIS ATAU TENTERA |
8. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP5 | Kontrak | STPM/ MATRIKULASI/ BEKAS ANGGOTA POLIS ATAU TENTERA |
9. Penolong Pegawai Tadbir Gred N5 | Tetap | STPM/ STAM/ MATRIKULASI/ DIPLOMA |
10. Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q5 | Kontrak | STPM/ MATRIKULASI/ SIJIL/ DIPLOMA |
11. Pembantu Khidmat Am (Pembantu Awam) Gred H11 | Tetap | SPM/ SVM/ SKM TAHAP 2/ SKM TAHAP 3 |
12. Pembantu Penyelidik Gred Q1 | Tetap | SPM/ SVM/ SKM TAHAP 2/ SKM TAHAP 3 |
Baca Juga :
- JOM MASUK TENTERA UDARA! Pengambilan Terkini Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Disini.
- JOM MASUK TENTERA LAUT! Pengambilan Terkini Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Disini.
Syarat Asas Permohonan
Calon perlu memenuhi syarat asas berikut untuk memohon jawatan kosong lembaga getah malaysia, iaitu:
- Warganegara Malaysia
- Berusia tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 56 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong Lembaga Getah Malaysia yang hendak dipohon. Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon
- Permohonan jawatan kosong diatas hendaklah melalui portal rasmi di https://www.lgm.gov.my/webv2/home atau pautan Apply Now/ Mohon Jawatan yang yang telah disediakan dibawah. Untuk Memohon, Calon perlu scan code QR yang telah disediakan di setiap jawatan kosong tersebut.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Tarikh Penting Permohonan
- Tarikh Permohonan dibuka : 23 Mei 2025
- Tarikh Tutup Permohonan : 06 Jun 2025
Kesimpulan
Jangan Lepaskan Peluang ini untuk membina Kerjaya bersama salah satu Agensi Kerajaan yang berprestij. Anda berpeluang untuk Kenaikan Pangkat dan Gaji Tahunan serta persekitaran kerja yang menarik. JOM MOHON!
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.