MYLESEN B2 JPJ 2025: Permohonan Lesen Memandu Motor (B2) Percuma Tahun 2025

MYLESEN B2 JPJ 2025: Permohonan Lesen Memandu Motor (B2) Percuma Tahun 2025

Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa golongan yang kurang berkemampuan, khususnya pelajar sekolah/ institusi pengadian dan belia, untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 sebagai persediaan sebelum menempuhi alam pekerjaan dan mempertingkat keselamatan jalan raya.

Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

Bagaimanakah Cara memohon MyLesen B2 JPJ ini? Teruskan Pembacaan anda dibawah.

Kelebihan Program MyLesen B2 JPJ 2025

Peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan untuk menjalani Latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.).

POST TRENDING : SEMAK NAMA PELATIH PLKN 3.0 SIRI 2 ONLINE DISINI. ADAKAH ANDA TERPILIH ATAU TIDAK MENYERTAI PLKN SIRI 2 2025?

Syarat Kelayakan Memohon MyLesen B2 JPJ

a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur 16 sehingga 35 tahun;
c) Pelajar Sekolah Menengah/ Institusi Pengajian atau belia;
d) Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
e) Sihat fizikal dan mental;
f) Tidak pernah memiliki lesen memandu atau memiliki Lesen Belajar Memandu (LDL) Kelas B2 yang tamat tempoh lebih dua (2) tahun; dan
g) Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM.

Kos Bayaran MyLesen B2 JPJ

Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

Tempoh Masa Program

Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:

KELAS LESEN MASA
B2• Kursus Teori (KPP01)– 6 Jam
• Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
• Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
• Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
• Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
• Ujian JPJ – 3

Cara Daftar Program

Pendaftaran untuk menyertai Program MyLesen B2 boleh dibuat melalui pejabat JPJ Negeri.

  1. Anda Perlu Muat Turun Borang Permohonan di sini: [Muat Turun Borang MyLesen B2 JPJ disini)
  2. Isi Maklumat Yang diperlukan.
  3. Hantar Borang Permohonan ke Pihak JPJ Negeri yang anda mohon.

Selesai.

Nota: Permohonan adalah tertakluk kepada pihak JPJ Negeri masing-masing. Permohonan dibuka sehingga Kuota Permohonan Setiap Negeri telah dipenuhi.

Soalan Lazim (FAQ)

SOALAN : Di manakah peserta perlu menjalani latihan dan ujian memandu bagi memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2?
JAWAPAN :
Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Institut Memandu yang telah ditetapkan oleh JPJ Negeri sahaja.

SOALAN : Adakah kos-kos lain yang tidak termasuk di dalam pakej yuran Program MyLesen B2 Tahun 2025 akan turut ditanggung oleh pihak Kerajaan?
JAWAPAN :
Tidak. Kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan, penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti kursus, Latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.

SOALAN : Apakah yang menyebabkan peserta dikeluarkan daripada menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2025?
JAWAPAN : Apabila peserta gagal untuk menamatkan Program dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu 3 bulan.

SOALAN : Bilakah tarikh tutup penyertaan bagi Program
MyLesen B2 Tahun 2025?
JAWAPAN : Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2025 adalah sehingga kuota penyertaan di JPJ Negeri dipenuhi.

SOALAN : Adakah Orang Kurang Upaya (OKU) dibenarkan untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2025?
JAWAPAN : OKU yang dibenarkan untuk memohon adalah bagi kategori berikut yang tidak melibatkan sebarang pengubahsuaian kenderaan iaitu:
a) Pendengaran;
b) Pertuturan; atau
c) Pembelajaran.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Program Mylesen B2 JPJ, anda oleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Portal Rasmi JPJ: https://www.jpj.gov.my/
Telefon : +603800800

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.jpj.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/SOALAN-LAZIM-PROGRAM-MYLESEN-B2-.pdf

Leave a Comment