BARANG SARA 2025: SEMAK BARANG LULUS SARA SEBELUM MELAKUKAN PEMBELIAN DI KEDAI-KEDAI TERPILIH

Di bawah program SARA, pemanfaat boleh membeli barang SARA seperti barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar. Penerima bantuan SARA boleh menggunakan wang kredit yang disalurkan untuk membeli barang keperluan asas terpilih di bawah kategori barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain daripada barang makanan asas.
BACA LAGI: SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA 2025
SYARAT KELAYAKAN SARA
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Bersatus eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
Bukan eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
JUMLAH BANTUAN SARA KEPADA PENERIMA
Pada tahun 2025 ini, jumlah penerima adalah sebanyak 5.4 Juta penerima. Penerima adalah golongan penerima e-kasih dan STR mengikut 3 Kategori utama iaitu
- Isi Rumah (Berdaftar E-kasih dan STR)
- Isi Rumah (Penerima STR)
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang
Kategori Penerima | Amaun Bayaran SARA 2025 Mengikut Bulan (Januari – Mac 2025) | Amaun Bayaran SARA 2025 Mengikut Bulan (April – Disember 2025) |
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM100 | RM200 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RM100 | RM150 |
Bujang (STR & eKasih) | RM50 | RM50 |
Isi Rumah (STR sahaja) | – | RM100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | – | RM50 |
JENAMA LULUS BARANG SARA UNTUK PEMBELIAN

CARA MUAT TURUN APLIKASI SEMAKAN BARANG SARA DI TALIFON ANDA
Antara cara paling mudah yang boleh anda lakukan untuk pembelian/ pemilihan barang SARA adalah melalui apps mykasih. Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk memuat turun apps tersebut.

- Buka laman Web Rasmi Mykasih disini : https://mykasih.com.my/mykasih-app/
- Pilih Applikasi yang terdapat di dalam phone anda.
- jika anda Android user, Pilih GOOLGLE PLAYSTORE : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dialog.mykasih
- Jika anda Iphone User, Pilih APPS STORE : https://apps.apple.com/my/app/mykasih/id6475543947
- Klik pada butang download/ muat turun aplikasi.
CARA LOGIN APLIKASI SEMAKAN BARANG SARA 2025
- Setelah berjaya Memuat turun aplikasi, anda perlu login/ log masuk.
- Log Masuk dengan mengisi maklumat kad Pengenalan (TANPA SENGKANG (-)) Serta No Talifon.
- Klik butang login.
- Masukkan OTP yang diberikan kepada no talifon yang telah anda masukkan tadi.
- Anda telah berjaya log masuk dan paparan Jumlah SARA anda akan dipaparkan.
- Klik pada Icon barcode (Check Item)
- Anda boleh Scan Barcode barang keperluan asas yang ingin dibeli. Jika Layak, akan dipaparkan “BARANG INI LAYAK DIBAWAH PROGRAM SARA 2025”
- Selesai.



CARA BAYAR BARANG SARA DI KAUNTER KEDAI
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
- Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara