Panduan Lengkap Permohonan PISMP Lepasan STPM STAM dan Matrikulasi 2025

Panduan Lengkap Permohonan PISMP Lepasan STPM, STAM dan Matrikulasi 2025.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon lepasan STPM STAM DAN MATRIKULASI yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru, KPM tahun 2025.

bagaimanakah cara memohon program PISMP lepasan STPM STAM dan Matrikulasi ini? Ikuti panduan lengkap permohonan PISMP lepasan STPM STAM dan Matrikulasi dibawah.

Post Trending : Lesen Motor Percuma 2025, MyLesen B2 JPJ (Download Borang)

Maksud PISMP Lepasan STPM STAM dan Matrikulasi 2025

Program ini dikhususkan untuk lepasan STPM STAM DAN MATRIKULASI bagi mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah KPM. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti PISMP selama empat (4) tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

Pelajar wajib mengambil kursus tambahan yang ditetapkan bagi melengkapkan jurang ilmu/kemahiran yang diperlukan semasa mengikuti PISMP. PISMP ini akan dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

Para Graduan Lepasan STPM ini , bagi yang layak selepas tamat belajar akan ditempatkan di Sekolah Rendah KPM. Sekolah rendah ini meliputi;

  1. Sekolah Kebangsaan (SK)
  2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
  3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Manakala pada graduan Lepasan STAM dan Matrikulasi akan ditempatkan di SK (Sekolah Kebangsaan) KPM Sahaja.

Syarat dan Kelayakan PISMP Lepasan STPM STAM dan Matrikulasi 2025

Bagi PISMP Lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Syarat kelayakannya ialah:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 22 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2003.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. LULUS SPM dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM. Kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai boleh diambil kira.
  6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred LULUS dalam mata pelajaran berikut di peringkat SPM;
    • Bahasa Inggeris; dan
    • Sejarah
  7. LULUS STPM dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.5.
  8. Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan.

Bidang Pengkhususan Yang ditawarkan:

Bagi Pemohon PISMP Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), antara syarat kelayakannya ialah:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 22 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2003.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. LULUS SPM dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM. Kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai boleh diambil kira.
  6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred LULUS dalam mata pelajaran berikut di peringkat SPM;
    • Bahasa Inggeris; dan
    • Sejarah
  7. LULUS STAM dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred JAYYID JIDDAN.
  8. Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan.

Bidang Pengkhususan Ditawarkan;

bagi Pemohon Lepasan Matrikulasi sesi 2023/2024 dan sesi 2024/2025, syarat kelayakannya adalah seperti berikut;

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 22 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2003.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. LULUS SPM dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM. Kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai boleh diambil kira.
  6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred LULUS dalam mata pelajaran berikut di peringkat SPM;
    • Bahasa Inggeris; dan
    • Sejarah
  7. LULUS Program Matrikulasi dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.5.
  8. Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan

Bidang yang ditawarkan bagi calon lepasan Matrikulasi ialah;

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PISMP Lepasan STPM STAM dan Matrikulasi 2025

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di mana-mana institusi pendidikan dalam dan luar negara.
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan pengajian.
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

CARA MEMOHON PISMP

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang KPM disini : https://pismp.moe.gov.my mulai 24 Februari 2025.
  2. Lepasan SPM Tahun 2024 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan SPM diumumkan. Sila rujuk tarikh-tarikh penting yang disediakan.
  3. Lepasan STPM tahun 2024 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan Semester 3 diumumkan.
  4. Lepasan STAM tahun 2024 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan akhir pengajian diumumkan.
  5. Lepasan Program Matrikulasi sesi 2024/2025 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) diumumkan.
  6. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga, Ujian
    Kecergasan Fizikal (UKF), syarat bidang pengkhususan serta tarikh-tarikh penting pengambilan sebelum membuat permohonan.
  7. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja dan boleh mengemaskini permohonan pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum tarikh permohonan ditutup.
  8. Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutuppermohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan permohonan.
  9. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Mohon Program PISMP Lepasan STPM STAM Dan Matrikulasi disini

TARIKH PENTING PISMP Lepasan STPM STAM dan Matrikulasi 2025

MAKLUMAT TAMBAHAN

  1. Pemohon perlu menyemak tarikh-tarikh penting pengambilan PISMP Laluan khas dan Ambilan Khas bagi ambilan tahun 2025. Walau bagaimanapun, KPM berhak meminda sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan semasa.
  2. Calon mestilah menjalani saringan dan lulus e-UKCG sebelum dipanggil temu duga dan UKF.
  3. IPGM berhak menawarkan bidang pengkhususan yang berlainan dengan bidang yang dimohon mengikut keperluan KPM.
  4. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian hendaklah bersetuju dan patuh dengan termaterma dalam surat tawaran dan Perjanjian Pendidikan Guru KPM serta pindaan-pindaan yang
    dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Pemohon yang didapati memberi maklumat salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574]. Maklumat permohonan ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi alamat berikut sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon : 03-8312 6733/ 6760/ 6723/ 6720/6768/ 6693
(Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang)

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://pismp.moe.gov.my/iklan_2025/03_PISMP%202025_STPM-STAM-MATRIKULASI_PANDUAN%20PERMOHONAN%20&%20SYARAT-SYARAT%20BIDANG.PDF

Leave a Comment