Bantuan Tunai Rahmah 2025: Semakan Status Layak atau Tidak STR & SARA.

Pihak kerajaan Malaysia amat mengambil berat dalam menangani kos kehidupan rakyat malaysia pada masa kini. Oleh itu, Pihak kerajaan dengan usaha keras telah memberikan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat dalam menangani peningkatan kos sara hidup dengan memberikan Bantuan Tunai kepada Golongan yang layak.
Untuk tahun 2025 kerajaan akan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) / Bantuan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada RM13 bilion ketimbang RM10 bilion. Peningkatan ini terus memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.
BACA LAGI: Permohonan Rayuan STR (Tidak Lulus STR & Alasan Tidak Lulus)
Ikuti Info Lebih Lanjut dibawah.
Apa itu Bantuan Tunai Rahmah/ STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)/ Bantuan Tunai Rahmah adalah satu bentuk bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai sebahagian daripada inisiatif Bantuan Rahmah, bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan, terutamanya keluarga berpendapat rendah (B40) dan sederhana rendah (M40), dalam mengurangkan kos sara hidup.
Syarat Kelayakan Bantuan Tunai Rahmah
Kategori Isi Rumah (berpendapatan bawah RM 2,500 ATAU RM 2,501- RM 5,000)
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS).
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS) Anak
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS
Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
Anak
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS
Kategori Bujang;
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa
Kategori Warga Emas/ Tiada Pasangan
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas
Jumlah Bantuan Tunai/ STR 2025
Kadar bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN STR FASA 1 (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak: RM 500 1 hingga 2 Anak: RM 500 3 hingga 4 Anak: RM 500 5 Anak keatas: RM 500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak: RM 150 1 hingga 2 Anak: RM 150 3 hingga 4 Anak: RM 250 5 Anak keatas: RM 300 |
Warga emas tiada pasangan berpendapatan RM 5000 dan kebawah | RM 150 |
Bujang berpendapatan RM 2500 dan kebawah | RM 150 |
Jumlah Pembayaran bagi fasa 2, 3 & 4 akan dikemaskini setelah pengumuman rasmi dibuat oleh pihak kementerian kewangan.
Jumlah bantuan akan diberikan berperingkat mengikut fasa-fasa yang telah ditetapkan.
Apa Itu Bantuan Tunai SARA
Sumbangan Asas Rahmah atau ringkasnya Bantuan SARA adalah merupakan salah satu bantuan yang dilaksanakan secara bersasar setiap bulan untuk membantu rakyat menampung kos sara hidup bagi pembelian barangan keperluan asas setiap bulan secara tanpa tunai (cashless) menggunakan MyKad.
Syarat Kelayakan Bantuan Tunai SARA
Pembayaran Bantuan SARA 2025 Fasa pertama (1) adalah khas kepada individu yang berkelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
Jumlah Bantuan Tunai SARA
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan tunai SARA (yang berdaftar dengan ekasih) ;
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) |
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 2,100 | RM100 sebulan (*Januari – Mac) RM 200 sebulan (*April – Disember) |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu | RM 1,650 | RM100 sebulan (*Januari – Mac) RM 150 sebulan (*April – Disember) |
Bujang (Setiap Individu) | RM 600 | RM50 sebulan (*Januari – Mac) RM 50 sebulan (*April – Disember) |
Bagi penerima STR Yang tidak berdaftar dengan ekasih, kadar bantuan tunai yang akan diterima adalah seperti berikut;
Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih) | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) |
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 900 | RM 100 sebulan (*April – Disember) |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM 450 | RM50 sebulan (*April – Disember) |
Bujang (Setiap Individu) | – | – |
Maklumat Lanjut
Anda boleh mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:
Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai mekanisme pelaksanaan SARA, sila rujuk Portal Rasmi MyKasih di pautan berikut: https://www.mykasih.com.my atau hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800
Penafian
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara