EKASIH 2025 SEMAKAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM600 & RM900 & RM2100)

EKASIH 2025 SEMAKAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM600 & RM900 & RM2100)

Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Bagaimanakah eKasih semakan status kelayakan penerima? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : FASA 2 STR TARIKH BAYARAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

APA ITU EKASIH

EKasih adalah merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan.

Terdapat pelbagai bantuan yang disalurkan kepada individu yang tersenarai dalam data eKasih termasuk pemberian Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025.

NILAI BANTUAN EKASIH 2025

Bantuan SARA akan disalurkan dengan nilai berikut :

Penerima e-Kasih :

KATEGORI PENERIMANILAI BANTUAN DISALURKAN
ISI RUMAH
(Berpasangan / Tunggal)
RM2,100 setahun
BUJANGRM600 setahun
WARGA EMAS
(Tiada Pasangan)
RM1,650 setahun

Penerima Bukan e-Kasih :

KATEGORI PENERIMANILAI BANTUAN DISALURKAN
ISI RUMAH
(Berpasangan / Tunggal)
RM900 setahun
BUJANGTiada
WARGA EMAS
(Tiada Pasangan)
RM450 setahun

TEMPOH PENYALURAN EKASIH 2025

Penyaluran Bantuan SARA adalah selama tempoh berikut :

KELAYAKAN PENERIMA TEMPOH PENYALURAN

Penerima e-Kasih Selama tempoh 12 bulan
Penerima Bukan e-Kasih Selama tempoh 9 bulan

TARIKH PENYALURAN EKASIH 2025

Berikut merupakan anggaran tarikh penyaluran Bantuan SARA pada tahun ini :

PENERIMA BERSTATUS
EKASIH
PENERIMA BERSTATUS
BUKAN EKASIH
15/01/2025
01/02/2025
01/03/2025
01/04/202501/04/2025
01/05/202501/05/2025
01/06/202501/06/2025
01/07/202501/07/2025
01/08/202501/08/2025
01/09/202501/09/2025
01/10/202501/10/2025
01/11/202501/11/2025
01/12/202501/12/2025

EKASIH 2025 SEMAKAN

Berikut merupakan semakan status pendaftaran e-Kasih :

  • Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  • Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  • Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  • Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  • Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  • Status penerima akan dipaparkan.
  • Selesai.

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima bayaran Bantuan SARA, ikuti panduan berikut :

  • Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  • Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  • Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  • Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  • Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  • Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  • Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  • Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  • Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Alamat E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment