Bantuan BUDI IPT Sabah 2025: Bantuan Tunai RM 1,500 sehingga RM 2,000 untuk Pendaftaran IPT Diberi secara “One-Off”.

Bantuan BUDI IPT Sabah 2025: Bantuan Tunai RM 1,500 sehingga RM 2,000 untuk Pendaftaran IPT Diberi secara “One-Off” kepada Pelajar.

Bantuan Budi IPT SABAH 2025 ini adalah satu Inisiatif Baharu Kerajaan Negeri Sabah Sebagai Manifestasi Harapan Tinggi Kita Kepada Generasi Muda. Bantuan ini bagi membantu pelajar yang terdiri daripada keluarga M40 dan B40 yang memenuhi syarat kelayakan untuk sambung belajar.

Bagaimana Cara untuk memohon Bantuan Budi IPT Sabah 2025 ini? Ikuti info lanjut dibawah.

Baca lagi: BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM 250 – RM 300. Semak Status Layak atau tidak Penerima

Objektif Bantuan BUDI IPT Sabah 2025

Objektif utama perlaksanaan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Budi adalah seperti berikut:

  • Meringankan beban kewangan keluarga ketika anak memulakan pengajian di institusi pengajian tinggi.
  • Menggalakkan lebih ramai anak Sabah melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Menyediakan bantuan kewangan awal bagi membantu pelajar memperoleh kelengkapan asas untuk pengajian.

Syarat Kelayakan Bantuan Budi IPT Sabah 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Budi mestilah terdiri daripada:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berasal dan Beralamat di Negeri Sabah;
  3. Kedua Ibu dan Bapa pemohon atau penjaga adalah golongan B40 atau M40;
  4. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM5,000;
  5. Merupakan Seorang Pelajar dan Berumur Tidak Lebih dari 25 tahun;
  6. Melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diiktiraf pada tahun 2025 Sepenuh Masa bagi Kemasukan Kali Pertama ke IPT di seluruh Malaysia dan Luar Negara.

Jumlah Bantuan Budi IPT Sabah 2025

Jumlah Bantuan Budi IPT Sabah 2025 yang akan diberikan secara “one-off” adalah seperti berikut:

PERINGKAT PENGAJIANKADAR BANTUAN (RM)
Diploma/ Asasi/ MatrikulasiRM 1,500
Ijazah Sarjana MudaRM 2,000

Nota: Bantuan ini hanya diberikan secara one-off iaitu sekali pemberian sahaja.

Kaedah Pengagihan Bantuan Budi IPT Sabah 2025

Bagi Permohonan yang telah diluluskan, pembayaran Bantuan secara “one-off” akan disalurkan ke akaun SSPN melalui PTPTN.

Cara Memohon Bantuan Budi IPT Sabah 2025

Sekiranya anda pengguna baharu, pendaftaran di Portal Bantuan Budi Sabah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Budi Sabah di pautan :
    https://budi.sabah.gov.my/
  2. Halaman utama Portal Budi Sabah akan dipaparkan.
  3. Klik pada bahagian [Permohonan]
  4. Kemudian Tekan [Daftar] untuk Pendaftaran Pengguna Baru.
  5. Masukkan Maklumat Lengkap seperti:
  6. Nama Penuh;
  7. No MyKad Pemohon Tanpa (-); dan
  8. Alamat e-Mel.
  9. Pastikan Maklumat adalah Benar dan Tepat
  10. Cipta Kata Laluan dan Kemudian Klik [Daftar] untuk sahkan pendaftaran.
  11. Kemudian, Pendaftaran Pengguna Baru telah berjaya didaftarkan.
  12. Selesai.

Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan:

  1. Surat Beranak (Pemohon & ibu dan bapa),
  2. Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (Pemohon & ibu dan bapa),
  3. Slip Gaji ibu dan bapa/Surat Pengesahan Bekerja,
  4. Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), dan
  5. Surat Pengesahan Kemasukan daripada Institusi Pengajian pemohon.

Permohonan boleh dibuat kepada Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) secara atas talian (online) sahaja di pautan https://budi.sabah.gov.my/

Tarikh Permohonan Bantuan Budi IPT Sabah 2025

Permohonan Bantuan Budi tahun 2025 boleh dilakukan mengikut tarikh berikut:

Tarikh Permohonan Dibuka:10 / 03/ 2025
Tarikh Permohonan Ditutup:31 / 03/ 2025

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) Jabatan Ketua Menteri dibawah ini.

PEJABAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI,
(TUGAS-TUGAS KHAS),
JABATAN KETUA MENTERI.

Tingkat 29, Blok A,Menara Kinabalu, Jalan Teluk Likas,
88400 Kota Kinabalu,
Sabah.

atau anda boleh hubungi no telefon yang tertera: 088-369872/088-369164/088-369897/088-369890

Penafian

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://budi.sabah.gov.my/#termadansyarat/

    Leave a Comment