Skim Perlindungan MySalam 2025: Semakan Kelayakan dan Cara Tuntutan

MySalam 2025: Semakan Kelayakan dan Cara Tuntutan

Skim Perlindungan Mysalam 2025 merupakan Skim Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia. Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam dan diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Great Eastern Takaful Berhad.

Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam ini dirangka untuk beroperasi selama 5 tahun, iaitu bermula dari tahun 2019 sehingga tahun 2023. Disebabkan maklum balas rakyat Malaysia yang memberansangkan terhadap skim mySalam, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan skim ini sehingga tahun 2025.

BACA JUGA: LESEN MEMANDU PERCUMA 2025: MYLESEN B2 JPJ (LESEN MOTOSIKAL)

MAKSUD SKIM PERLINDUNGAN MYSALAM 2025

Skim Perlindungan MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.

Ketika awal diperkenalkan pada Januari 2019, penerima yang layak adalah terdiri daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSHR).

Dalam Belanjawan 2025, kerajaan bersetuju Skim mySalam telah diperluas untuk turut meliputi penyakit jarang jumpa dan Rheumatoid Arthritis.

MANAFAAT PERLINDUNGAN MYSALAM

Skim ini menawarkan perlindungan Takaful asas yang merangkumi 2 jenis manfaat, iaitu;

Manfaat Hospitalisasi

  • Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti, dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun.
  • Nota : Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini.

Pengecualian bagi Manfaat Hospitalisasi adalah seperti berikut:

  • Bunuh Diri
  • Peperangan/ Rusuhan
  • Keganasan/ Perlanggaran Undang-Undang
  • Ketagihan alcohol,dadah, kehamilan, perancangan keluarga dan lain-lain.

Manfaat Penyakit Kritikal

  • Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, ahli mySalam tersebut boleh menuntut manfaat bernilai RM 8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun ahli mySalam sekali seumur hidup.

Pengecualian bagi Manfaat Penyakit Kritikal:

  • kecederaan yang dilakukan sendiri
  • Peperangan/ Rusuhan
  • Keganasan/ Perlanggaran Undang-Undang
  • Peristiwa Berlaku Sebelum Tarikh kuat kuasa

SYARAT KELAYAKAN TUNTUTAN SKIM PERLINDUNGAN MYSALAM 2025

Kelayakan untuk menjadi ahli mySalam ini adalah sepenuhnya berdasarkan kelayakan dalam Skim Bantuan Tunai Rakyat (BR1M, BSH, BPR, BKM, dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun. Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan akan layak menjadi ahli mySalam secara automatik.

SYARAT UMUR KELAYAKAN SKIM PERLINDUNGAN MYSALAM 2025

Kriteria umur adalah seperti kategori berikut:

KATEGORIUMUR
BerkahwinIndividu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan
BujangIndividu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.
OKUIndividu yang berumur 18 hingga 65 tahun.

KATEGORI PENYAKIT KRITIKAL YANG DILINDUNGI MYSALAM

Terdapat 45 penyakit kritikal yang dilindungi oleh Skim Perlindungan MySalam ini. Penyakit Kritikal ini boleh di bahagi kepada 9 kategori iaitu;

anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai kategori penyakit kritikal yang dilindungi di sini : Portal Rasmi Mysalam 2025

CARA TUNTUTAN SKIM PERLINDUNGAN MYSALAM 2025

Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:

Bagi Tuntutan penyakit kritikal ;

  1. Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  2. Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
  3. Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
  4. Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  5. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  6. Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
  7. Selesai

Bagi Tuntutan Hospitalisasi;

  1. Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  2. Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • a) Salinan Nota Discaj
    • b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  4. Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
  5. Selesai.

TEMPOH MASA PROSES PERMOHONAN MYSALAM

Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.

Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.

Status tuntutan boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my.

Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.

CARA PENGKREDITAN WANG BANTUAN SKIM PERLINDUNGAN MYSALAM 2025

Jumlah bayaran yang diterima bergantung kepada pengesahan dan jenis tuntutan anda. Wang akan dikreditkan ke akaun yang anda isikan dalam borang permohonan.

Anda akan menerima notifikasi SMS seperti berikut:

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan mySalam 2025, anda boleh hubungi Pusat Panggilan MySalam yang beroperasi 24 jam di talian 1 300 888 938.

Atau, boleh juga emailkan ke alamat berikut: info@mysalam.com.my

Atau, lawat kios MySalam di Hospital Kerajaan terdekat.

Layari laman web rasmi mySalam di pautan berikut: https://www.mysalam.com.my/

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/?url=intro

Leave a Comment